There was an error in this gadget

Tuesday, February 5, 2013

Misi Mencari Cinta - Bab 1

Assalammualaikum....

Setelah tertangguh beberapa hari, akhirnya dapat gak Cik Linda tulis post ni.. Maafler pada kawan2 yang menunggu.. terutama Cik Dila yg manis ni... Cik Linda nak mulakan dengan Misi Mencari Cinta dengan memberikan doa ini... Cik Linda baru nk amalkan, so mungkin kengkawan lain boleh jugak amalkan..

Selain tu, Cik Linda nak kongsikan sedikit hasil bacaan Cik Linda terhadap buku ni...

Cik Linda baru baca bab 1 jer.... Buku ni buku self-motivation, berbahasa Inggeris dan ditulis oleh pakar psikologi yang pernah membuat program "I Will BeMarried in a Year" ; Janet Blair Page  .. walaupun buku ni ditulis oleh org barat, dan kebanyaknnya mengikut budaya barat, tetapi kita boleh mengubah dan mengimprovisasi mengikut kesesuaian..... 

Oleh tu, Cik Linda kongsikan bab 1 dulu yer...

Bab 1 ni lebih kepada diri kita sendiri, adakah kita kenal akan diri kita sendiri?

Adakah kita tahu kemahuan kita sendiri..?

Kadangkala kita menjalani hidup atas kemahuan orang lain tanpa memikirkan kemahuan kita sendiri ... Oleh itu bab 1 buku ini lebih kepada proses mengenali diri sendiri... Jika nak mencintai seseorang, kenalah kita mencintai diri kita sendiri kan... tak gitu??? Tak kenal maka tak cinta.. Oleh itu, nak mencintai walaupun diri sendiri pun, kenalah kenal diri....

Dalam proses mengenali diri ni, penulis buku ni memberi beberapa soalan.. actually banyak gak soalan, n ada yang x sesuai dengan adat, budaya n agama kita.. tapi kita boleh berimprovisasi....seperti mengisi borang pengenalan diri..Antara soalan2 yang dikemukan adalah :

  1. Mengenai diri sendiri.. segala maklumat mengenai diri sendiri
  2. Latar belakang keluarga
  3. sejarah percintaan.... cinta monyet.. cinta kera.. mau pun cinta org..
  4. Kehidupan kini.... apa yg anda lalui sekarang...
Cik Linda kalo nk type semua soalan, x terlarat ni.. nk scan masuk lappy pun, scanner kt kg.. x perlah.. cik linda ringkaskan jer.. kalo ada sesapa berminat nanti cik linda email jer soalan2 tu yer...

Kemudian dlm Bab 1 ni juga meminta kita mengenal pasti penyokong2 kita... yang boleh membantu kita dan memberikan kita semangat dalam usaha mencapai misi ini... bg Cik Linda.... family Cik Linda adalah main supporters dan kemudian kwn2 rapat Cik Linda.. yang sentiasa berusaha mencarikan Cik Linda psgn walaupun Cik Linda x minta... hahahaha...

"Some friends and some family may be better as exes in your life or at least put on a very high and hard-to-reach self for the next year"
Kemudian, kisah yang kita beritahu kpd diri kita sendiri...perbezaan kisah positif dan negatif boleh memberikan kejayaan dan juga boleh mengagalkan kita. Kita kenalpasti roadblock yang kita hadapi dalam usaha mencari cinta ni... jika kita sering beranggapan, negatif seperti " sy x cantik, ..... kebanyakan lelaki tak pandang saya... sy gemuk dan org x akan suka saya.." ini akan menjadi punca kegagalan dalam membina hubungan baru... mcm Cik Linda lah... sentiasa berfikiran negatif apabila berkaitan dengan percintaan ni,.. bg cik Linda, siapa lah yg nk kt Cik Linda ni kan...i'm not pretty enough... , i'm not worth it.. itu yang selalu cik linda fikirkan...

mcm dlm post cik linda sblm ni

http://lindasaleh.blogspot.com/2011/06/why-linda-is-not-married-yet.html

Apa bila dah kenal masalah yang kita hadapi, baiki ia... fix it... We are not perfect.. nobody is.

"Somewhere, somehow, sometime, somebody or something is going to trip you up. Just don't let it be you"

Kemudian kita lihat pada LOVE RESUME.... hehehe.... lihat pada kisah percintaan dahulu.. pengalaman dahulu... kalau pernah bercinta banyak kali, cuba fikir apa silapnyer.. jgn kata semuanya salah bekas kekasih... sbb dlm perhubungan mesti melibatkan dua pihak... jika ada salah si dia, ada juga salah kamu.... Bagi yang tak pernah bercinta, hmmm.. mungkin boleh selidik kenapa anda x pernah bercinta.. mungkin ada sebenarnya cuma tak perasan.. bercinta senyap2.. kamu suka dia, dia suka kamu.... cuma x tahu, atau buat tak tahu...

Penulis ini juga ada memberi 2 kuiz yang boleh kita jawap dengan sejujurnya...

  1. Are you STILL acting single?
  2. Do you really want to get married?

Soalan2 ni panjang berjela... jadi kalo sesapa yang berminat inshaa Allah, cik Linda usahakan ...dan akan email kpd kwn2....