There was an error in this gadget

Monday, January 28, 2013

Pelamin ROBOH...!!!

Assalammualaikum...



Dah selesailah satu majlis perkahwinan.. yang menyatukan 2 insan .... antara adik Cik Linda, Daya dan suaminya Faiq...tapi bg Cik Linda perkahwinan mereka meninggalkan 1001 memori... sbb Cik Linda sekeluarga berpenat lelah memastikan majlis berjalan lancar...

Tahniah buat pasangan pengantin baru ni.. semoga berbahagia ke anak cucu...

Tapi kisah utama kali ini, Cik Linda nak cerita tentang pelamin.. pelamin si Daya ni lah...

Al-kisah, pelamin ni dipasang seminggu awal... 

"Awal giler..." kata kami sekeluarga..

Alasannyer, sbb jadual dah penuh.. nak psg 2-3 hr seblum majlis tak sempat...  X perlah, kami mengiakan... Lepas dah psg tu, mulalah org kg dtg, dgn ayat " eh, cepatnyer pasang?"

Aik, ayat mcm perli jer.. Adik Cik Linda pun dah mula gelisah... "tak pasal2 kang kata aku terlebih overexcited", katanya.....

Sehari selepas pasang pelamin, selama seminggu nak menanti hari kejadian, angin lintang menyerbu di pantai padang kemunting ni....http://www.smileycodes.info kencang.. mungkin sekencang debaran bakal pengantin ni... bila dah dilanda pukulan angin lintang ni, alamatnyer, beberapa kali bunga kt pelamin tercampak... besi background yang menggantung kain tumbang.... papan pelamin tumbang.... Haih.. belum lagi pengantin bersanding tu.. Ayok....!! Setiap hari nk kena betulkan pelamin ni...

Tibalah hari kejadian, Daya nikah lepas asar... waktu tu angin sepoi2 bahasa... tapi matahari memancar.... Malamnyer akan ada malam berinani dan berarak.... Daya pakai sanggul lintang... dan pada malam tu pula hujan nak mencurah-curah.. hehehehe.. hujan rahmat... tapi nasib baik x der angin kencang... kalo x mau gak terbang Cik Linda n pengantin2 ni... hehehehe

Keesokkan harinya, majlis bersanding plak... sgtlah panas... Cik Linda yang memegang peranan penting.. penagpit @ pengepit dan penyempit duk dalam bilik pengantin, tunggu pengantin bersiap... tetiba....

"Oi, pelamin dah ROBOH...!!"

Cik Linda pun keluar menjenguk keluar... Alamak..!! Kali ni memang ribut betul.. abih papan pelamin tumbang, kaki tiang besi yang gantung kain pun smpi senget jadinya... bunga kt pelamin tu toksah citer.. mmg dah tercampak.. Ayokkk!!!... 
http://www.smileycodes.info

Dahler ramai tetamu ... nasib baik adaler hero2 yang membetulkan pelamin tu.. siap tambat ngan tiang rumah.. Alhamdulillah, sempat dibaiki sebelum penganting bersanding nanti....

Tapi yang tak bestnyer, bila citer pelamin roboh ni di bawa ke dapur... tempt org2 masak lauk kenduri ni... byk plak peringkat ceritanyer....
http://www.smileycodes.info

Peringkat 1 (dekat bahagn penyambut tetamu)

"Angin kencang sampai pelamin roboh.."

Peringkat 2 (antara tetamu dan kendarat -org yg jd pelayan)

"Pelamin td roboh...."

Peringkat 3 (org kat tempat memasak)

"Pengantin naik pelamin roboh..."!
http://www.smileycodes.info

Hahahaha...! jd bahan gosip plak... dahler smpi dapur jd citer tak betul... Ayok..!!! Tipikal problem kalau menyampaikan cerita.. tulah bilah mula mengata atau bercerita, kesudahannyer mesti cerita x betul.... 









Wednesday, January 16, 2013

Listen..listen...listen.... and plz read..read..read...

Assalammualaikum...

Baru2 ni satu video telah menjadi viral di Youtube, di FB, n Tweeter. Cik Linda sbnrnya pun baru jer tahu pasal isu ni... Cik Linda kalo bab politik mmg x suka amik tahu... tp kali ni Cik Linda terpanggil nk bg respon mengenai isu ini.. Cik Linda x nk sentuh pasal politik.. cuma adab n tingkah laku sahaja.....

http://www.youtube.com/watch?v=CflYB49Z6fo

Kalo sesiapa yang dah tengok video ni mungkin ada pelbagai respon... suka, x suka, menyokong.. menyampah.... Bg Cik Linda, x suka n menyampah.. Tapi kedua2 pihak pun bersalah....

1. Cik Bawani terlalu berani mengungkitkan isu Bersih, isu Ambiga dan isu PTPTN yang mmg menjadi taboo utk diperbahaskan secara terbuka apatah lagi diperbahaskan oleh seorang mahasiswa... tapi keberaniannya Cik Linda salute... sbb dia berani menyampaikan pandangannya.. n still have courage to stand before the panel... Cik Sharifah....

2. Mungkin nada suara Cik Bawani yang sedikit nyaring tu disalah anggap sebagai provokasi.... bila Cik Sharifah tu turun dan mengadap Cik Bawani face to face... suaranya bertambah nyaring....

3. Cik Sharifah ni pula, bercakap mengenai respect.... but did she gave Ms Bawani a respect..? even though she take away her mic.... she interrupt her speech... she stop her speech before she (Bawani) finished.... Respect is not about shake hand.... Ms Sharifah ask Ms Bawani to behave, to respect the elders.. but with that manners, I dont think she (sharifah) deserved it... In my opinion, Ms Sharifah was trying to intimidate Ms Bawani by put her lower than her... By saying that Ms bawani education still lower than her, younger than her... and Bawani should not said anything that comes up from her mind... But Sharifah was saying about human right.. to speak of her mind.... she said that she (Sharifah) has her right to speak out of her mind... how about Miss bawani... did she get her right...? Yes, she did.. but only half... or maybe 1/4 ...

4. Miss Bawani should not try to compare Malaysia with other country.. we are not the same... BUT... Miss sharifah also should not say that, malaysian, especially the students are satisfied ...

5. And the biggest issue that was laughable is, what is the relevance the animals in the forum... why need to express animals problems...... Ms Sharifah.... we are not same.. human n animals are not the same.... lembu n kambing were meant to be eaten ... they were cattle to be a livestock .... to be food... it is from Allah, that animal were meant to be use by human....

Sorry lah kalo entry kali ni terguris hati sesiapa... kali ni entry bahasa campur2 plak.. hehehehe.. ni adalah pandangan Cik Linda.....n Cik Linda x sentuh pun pasal politik yer.. xder isu2 sensitif yer..so jgn marah2 Cik Linda plak yer....

Friday, January 11, 2013

Mencari cinta.....



Assalammualaikum...


Cik Linda nak berbicara pasal cinta.. cik Linda bukan pakar pun... tapi Cik Linda sendiri dalam pencarian ni...  Yang ni Cik Linda dapat dari sebuah blog.. Mungkin sama kita baca n praktikkan.. mungkin ada harapan....

Hati perempuan takut untuk membuat pilihan, takut tersalah pilih. Namun, mungkin juga perempuan harus mengubah diri dahulu sebelum menerima cinta daripada si lelaki.
Sesetengah sifat mungkin hanya akan menjengkelkan para lelaki, namun ada juga sifat yang boleh menarik perhatian mereka secara tidak langsung.

Pertama : Berhenti Jual Mahal

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan beri dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal.
Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda.

Kedua : Jangan Terlalu Berharap Memiliki Lelaki Yang Sempurna

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda.
Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda.

Ketiga : Sentiasa Menjaga Penampilan Diri

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas.
Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki.

Keempat : Berikan Peluang Pada Setiap Lelaki Yang Ingin Hampiri Anda

Apabila ada lelaki yang ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Saya pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar–benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda.
Apa yang pasti, wanita harus tahu apa yang diinginkan oleh diri mereka. Seterusnya barulah mereka boleh membuat pilihan yang tepat dalam memilih pasangan hidup akan lelaki yang benar-benar mencintai mereka.