There was an error in this gadget

Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013

Assalammualaikum

Malam ni malam terakhir bagi tahun 2012, esok mulalah tahun yang baru bagi kita semua. Seperti biasa, setiap kali bermulanya tahun baru mesti ada azam yang hendak dipenuhi.. Ada yang tercapai dan ada yang belu tercapai.. jom imbas balik apa azam tahun 2012 Cik Linda yer

Kalo ikutkan azam sejak tahun 2008 - 2012, Cik Linda asyik cakap pasal nak dapat kerja.. terutamanya kerja tetap dan kerajaan.. heheheh... sebenarnya pada tahun 2012 , dah tercapai sebenarnya azam ni... Cik Linda dapat kerja sbg Pegawai Belia dan Sukan.. kat Jabatan Belia dan Sukan Kedah.. tp Cik Linda terpaksa tolak, sbb Cik Linda dah pun masuk belajar DPLI kat UPSI.. banyak pertimbangan yang Cik Linda buat.. Akhirnya Cik Linda kekal dalam usaha menjadi seorang pendidik..

Hmmm.. Azam yg seterusnya, nak kurangkan berat badan.. at least 25%.... hmmmm x berjaya nampaknyer.. sbb ada turun dan ada naiknya... almaklumlah, bila dah masuk belajar balik.. mulalah asyik nak makan jer.. stress jer makan, study jer makan.... bila marah kt org yg menyakitkan hati jer, makan.. ish....ish..

Azam cari soulmate....???? Masih lagi dalam pencarian... walaupun prospek semakin luas, tapi kalau hati belum terbuka camner nak jumpa kan....  kalau ada yg berkenan di hati kecil Cik Linda, dah berpunya... ataupun x berkenan kat Cik Linda ni... 

Master dlm baking skills... x derlah master sgt.. tapi ada kemajuan... dah pelbagai jenis cupcake yg Cik Linda dah buat... a whole kek pun boleh (perlu diperbaiki lagi)... Cik Linda pun dah buat bisnes kuih raya (sempena aidilfitri lalu)... 

So, utk tahu 2013 ni.. Cik Linda masih mengekalkan azam yang sama... Cik Linda akan buat yang terbaik tahun ni.... 

Selamat Tahun Baru 2013



No comments:

Post a Comment