There was an error in this gadget

Monday, December 17, 2012

Andai ku bercinta lagi...

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2FExPZGBI

Assalammualaikum..

Sejak 2 menjak ni, Cik Linda asyik dengar jer lagu ni... kekadang dok sorg2 terngiang suara Aweera ni, Cik Linda pun search lah lagu ni... bila menghayati lirik nya yang syahdu ni, sedih ... tengok video klip pun sedih... 
http://www.smileycodes.info

Cik linda lagi sedih dengar korusnyer...

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Cik Linda terpikir, bilakah akan Cik Linda bercinta lagi...... (cewah.. nak syahdu-syahdan plak).

Mungkin belum bersedia lagi.... banyak yang Cik Linda nak kena perbaiki diri sendiri.. bak kata seorang kakak yang Cik Linda kenali dulu... "sebelum kita mencari yang terbaik, kita perbaiki diri dulu......"

Adik butang (Kwn cik linda) pun cakap masalah nak mencari jodoh ni bukan masalah jodoh tu, masalah Cik Linda sendiri... Cik Linda yang belum bersedia lagi.. masih belum berkeyakinan...  Masih rasa serba kekurangan...

Walaupun umur pun dah nak menginjak ke dekad yg ke-3, ooopssss.....http://www.smileycodes.info tapi masih lagi belum bersedia... Umur x menentukan bila nak bertemu jodoh yer... ramai gak yang Cik Linda dengar.. umur dah boleh kahwin.. ada yg tergesa2 nk kahwin sbb umur 26-27... kalo jodoh tu dah dtg..http://www.smileycodes.info umur 15 tahun pun dah kahwin.. kalo dia nak datang umur 50 pun baru kahwin.... persediaan diri nak kahwin tu yang penting.... kalau nak bercinta lagi pun x sedia... camner nak kahwin kan... kalo sebab cinta jer ... tapi mental x sedia susah gak... 

Kan...!!!
http://www.smileycodes.info



No comments:

Post a Comment