There was an error in this gadget

Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013

Assalammualaikum

Malam ni malam terakhir bagi tahun 2012, esok mulalah tahun yang baru bagi kita semua. Seperti biasa, setiap kali bermulanya tahun baru mesti ada azam yang hendak dipenuhi.. Ada yang tercapai dan ada yang belu tercapai.. jom imbas balik apa azam tahun 2012 Cik Linda yer

Kalo ikutkan azam sejak tahun 2008 - 2012, Cik Linda asyik cakap pasal nak dapat kerja.. terutamanya kerja tetap dan kerajaan.. heheheh... sebenarnya pada tahun 2012 , dah tercapai sebenarnya azam ni... Cik Linda dapat kerja sbg Pegawai Belia dan Sukan.. kat Jabatan Belia dan Sukan Kedah.. tp Cik Linda terpaksa tolak, sbb Cik Linda dah pun masuk belajar DPLI kat UPSI.. banyak pertimbangan yang Cik Linda buat.. Akhirnya Cik Linda kekal dalam usaha menjadi seorang pendidik..

Hmmm.. Azam yg seterusnya, nak kurangkan berat badan.. at least 25%.... hmmmm x berjaya nampaknyer.. sbb ada turun dan ada naiknya... almaklumlah, bila dah masuk belajar balik.. mulalah asyik nak makan jer.. stress jer makan, study jer makan.... bila marah kt org yg menyakitkan hati jer, makan.. ish....ish..

Azam cari soulmate....???? Masih lagi dalam pencarian... walaupun prospek semakin luas, tapi kalau hati belum terbuka camner nak jumpa kan....  kalau ada yg berkenan di hati kecil Cik Linda, dah berpunya... ataupun x berkenan kat Cik Linda ni... 

Master dlm baking skills... x derlah master sgt.. tapi ada kemajuan... dah pelbagai jenis cupcake yg Cik Linda dah buat... a whole kek pun boleh (perlu diperbaiki lagi)... Cik Linda pun dah buat bisnes kuih raya (sempena aidilfitri lalu)... 

So, utk tahu 2013 ni.. Cik Linda masih mengekalkan azam yang sama... Cik Linda akan buat yang terbaik tahun ni.... 

Selamat Tahun Baru 2013



Monday, December 17, 2012

Andai ku bercinta lagi...

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2FExPZGBI

Assalammualaikum..

Sejak 2 menjak ni, Cik Linda asyik dengar jer lagu ni... kekadang dok sorg2 terngiang suara Aweera ni, Cik Linda pun search lah lagu ni... bila menghayati lirik nya yang syahdu ni, sedih ... tengok video klip pun sedih... 
http://www.smileycodes.info

Cik linda lagi sedih dengar korusnyer...

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Cik Linda terpikir, bilakah akan Cik Linda bercinta lagi...... (cewah.. nak syahdu-syahdan plak).

Mungkin belum bersedia lagi.... banyak yang Cik Linda nak kena perbaiki diri sendiri.. bak kata seorang kakak yang Cik Linda kenali dulu... "sebelum kita mencari yang terbaik, kita perbaiki diri dulu......"

Adik butang (Kwn cik linda) pun cakap masalah nak mencari jodoh ni bukan masalah jodoh tu, masalah Cik Linda sendiri... Cik Linda yang belum bersedia lagi.. masih belum berkeyakinan...  Masih rasa serba kekurangan...

Walaupun umur pun dah nak menginjak ke dekad yg ke-3, ooopssss.....http://www.smileycodes.info tapi masih lagi belum bersedia... Umur x menentukan bila nak bertemu jodoh yer... ramai gak yang Cik Linda dengar.. umur dah boleh kahwin.. ada yg tergesa2 nk kahwin sbb umur 26-27... kalo jodoh tu dah dtg..http://www.smileycodes.info umur 15 tahun pun dah kahwin.. kalo dia nak datang umur 50 pun baru kahwin.... persediaan diri nak kahwin tu yang penting.... kalau nak bercinta lagi pun x sedia... camner nak kahwin kan... kalo sebab cinta jer ... tapi mental x sedia susah gak... 

Kan...!!!
http://www.smileycodes.info



Wednesday, December 12, 2012

Spagetti ala Cik Linda

Assalammualaikum

Ramai gak dah bertanya resepi Cik Linda ni... kekadang Cik Linda ni pakai campak2 jer... x der pun resepi, sukatan.. tu lah bila org tanya Cik Linda kena buka kotak memori ni.. nak ingatkan balik...

Nilah resepinya..

Spagetti ala Cik Linda.

Utk kuah :

3-4 sudu besar minyak zaitun. (EVOO - Extra Virgin Olive Oil) - lebih pun x per...

1 bawang besar / bawang holland pun boleh - ptong dadu kecil

3-4 ulas bawang putih (cincang)

1 bungkus daging cincang (rasa2 nyer dlm 400 gm)

1 lada benggala / capsicum (cik linda biasa pakai hijau) - potong dadu

1 paket cendawan putih/ coklat (swiss mushroom) (Cik Linda biasa pakai segar - x pakai tin) - dihiris

1 Tin tomato puree

2 sudu besar sos cili

garam

gula

Air (ukuran tin tomato puree tadi)

2 keping keju cheddar

Herba.. (kalo nk senang pakai Italian Herbs) (kalo nak susah - carilah oregano, basil, parsley)

Utk pasta..:

1 bungkus spagetti (500 gm kot....) lupa plak

Seperiuk air

Garam

Minyak Zaitun

Cara-cara :

Utk Kuah :


  1.  masak daging atas kuali/ periuk, tanpa minyak.. sbb nak keluarkan air daging.. masak smpi daging tu berketul2 halus. (jgnler halus sgt), air daging pun skit jer tinggal.. pastu ketepikan
  2.  masukkan minyak zaitun dalam periuk yang sederhana panas.. (minyak zaitun ni x boleh panas sangat, hilang khasiatnyer)... 
  3. Tumiskan bawang besar, diikuti bawang putih.. bila dah naik bau.. masukkan lada benggala dan cendawan. Masak sekejap... bak kata omputeh.. saute....
  4. Masukkan daging tadi. Gaul. 
  5. Masukkan tomato puree. Masukkan air. dan kacau.
  6. Bila dah mendidih masukkan sos cili, gula dan garam secukupnya. Kemudian masukkan herba2 tadi. kalo pakai italian herbs, taburkan 2 sudu pun cukup...
  7. kemudian biar dia mendidih n memekat... . Bila dah pekat , masukkan cheese dan kacau.. biar cheese tu mencair dan bercampur dalam kuah.
  8. Boleh ler hidang...
Utk pasta :

  1. Didihkan air dlm periuk... ltak garam 1-2 sudu
  2. Bila air dah mendidih, masukkan pasta spagetti (suka hati nak jenis apa -linguine ker, fettucine ker, angel hair ker...) secara serentak semuanya.. jgn masuk skit2...
  3. Tunggu smpi lembut pasta nya... camner nak tau lembut.. Rasalah sendiri.. amik kunyah dlm mulut... kalo ok, dah siap lah tu.
  4. Toskan air nya.. kemudian letak minyak zaitun dan gaul dengan pasta tu (utk elakkan pasta melekat dan menyedapkan lagi pastanye... kalo nk tabur parsley pun boleh..

Itu lah resepi Spagetti ala Cik Linda...

p/s : smlm x sempat plak nk amik gmbrnyer atas pinggan... lupa ... tau2 sumer dah makan.. dgn kalut dgn assignment kan......



Get Married This Year

Assalammualaikum...

Kali ni Cik Linda nak berkongsi satu buku yang Cik Linda beli di Big Bad Wolf... www.bigbadwolfbooks.com 


 Tadddaaaaa......

Tetiba kan Cik Linda beli buku self-motivation ni.. yerlah, sedar x sedar... mmg sudah tiba masanya Cik Linda fikirkan hal ni... walaupun dr dulu dah ramai dah yang berleter kt Cik Linda pasal isu ni, tp Cik Linda buat x tau jer.. kenapa? sebab malas dah nak fikir.. nak fikir pasal famili, kerjaya, pasal diri sendiri.... memang x der terfikir akan pasal ni... 

Lagipun, mmg belum ada pasangannya ataupu calon2 nya.... Tak ada plak yang nak mengorat.. dan takder plak yang boleh Cik Linda ngoratkan... Hahahaha..... agak2 betul kata kengkawan , Cik Linda memilih.... Eh, mestilah memilih, nak cari suami, mesti cari yang terbaik... tapi Cik Linda ni terbaik ker untuk diorang... tulah..yang sampai sekarang membujang....

Cik Linda hari tu pergilah Big Bad Wolf kt Mines... tetiba ternampak buku ni... Cik Linda belek depan belakang, pastu selak skit2.. terus masuk dlm beg... (kat situ boleh bawa beg.. lg mudah.. kluar nanti baru bayar).. Balik jer rumah, Cik Linda belek lagi.. x baca lagi.. then nampak kat bhgn depannya.. ada To do List... mcm ni..:






hehehehe... siap bagi tempoh tu... boleh ker tercapai ni... Alah.. bak kata orang, cuba lah dulu...
 
Nampak cam desperado plak.... tapi keinginan manusia... semua nak pasangan, semua nak menyayang dan disayang.... kannn......!!!

Tapi Cik Linda belum ada kesempatan nak mula membaca.. apatah lagi memulakan misi ni.. tunggu leh setel semua assignment ker.. atau lepas exam ker... atau lepas majlis kahwin adik linda ker.. atau..... heheheh.. rasa cam belum bersedia plak.... Kena mandi bunga naikkan semangat ni....


Kengkawan pun byk dah nk mengenen2 kan.. tp Cik Linda ni masalah skit.. bab kenen2 ni mmg pantang... kalo nk kenen, x payah ler bgtau.. mmg konpem x jadi... sbb Cik Linda x suka...kwn2 pun dah faham perangai Cik Linda... Mak pun dah faham perangai anak dara dia ni.... lpas ni mak plak nak kena pikirkan camner nak kahwinkan anak nyer yang degil ni... Mak... sabar yer.. kalau ada jodoh.. dpatler mak menantu sorg lagi... 


Berbalik psl buku ni... nanti bila Cik Linda dah mula baca.. Cik Linda akan bgtau .... lpas tu dlm masa setahun kita tengok, berjaya atau tidak yer...... kalo berjaya.. nanti Cik Linda sharelah buku ni nanti.....







Luahan hati

Assalammualaikum...

Dah lama gak Cik Linda x publish post baru... bukan sbb x der idea, tetapi x der masa, assignment berlambak2.. biasalah hidup sbg student ni.... Disebabkan Cik Linda dah terjaga awal pagi ni, adalah sikit masa yang boleh Cik Linda gunakan untuk meluahkan perasaan yang terbuku ni...

Oramg lain guna FB n Twitter utk luahan perasaan.... Tp Cik Linda guna blog jer... kenapa? sbb Cik Linda nak meluahkan perasaan jer...

Cik Linda ni umur tahun depan dah masuk alam baru.. alam 30....  X der maknanya nak segan2 ngn umur ni... mmg ler slama ni Cik Linda ngn kwn2 selalu jer ckp sebaya tapi Cik Linda sedar umur Cik Linda... walaupun kwn2 ada yg lg muda, tapi Cik Linda x bg dorg panggil Cik Linda 'kakak"..  sbb apa? sbb Cik Linda x mo ada jurang... Cik Linda lebih selesa begitu... mungkin pada Cik Linda sorg sahajalah yg rasa begitu,..

Tapi bila difikirkan, ada masanya Cik Linda rasa x dihormati... mungkinkah sbb Cik Linda seperti kebudak-budakkan..?. (ayoyoyo... dah macam mak budak jer ni) ataupun sememangnya Cik Linda ni mmg insan yang lemah..? (bak kata adik Cik Linda)....

Mungkin dr segi pengalaman hidup, mereka mungkin lebih banyak dr Cik Linda walaupun dorg lebih muda.. so Cik Linda rasa macam rendah jer (walau hakikat sbnr Cik Linda mmg lebih tinggi dr dorg - sec fizikal).
Cik Linda rasa serba kekurangan.... apa yang kurang, Cik Linda pun x tau.... mungkin kena menggali lebih dalam untuk mengetahui diri sendiri....

sampaikan personaliti sendiri pun Cik Linda keliru..... hahahha.. jgn smpi ada penyakit kecelaruan personaliti sudah..... kalau buat ujian personaliti tu, dah buat dah dulu... Cik Linda dapat Sanguine Choleric.... Apa tuh? Search sendiri ek.... tp itu dulu.. agak2 kena buat baru kot... sbb rasa dah x sama dengan personaliti seorang  yang Sanguine dan seorang yang Choleric..... mungkin kena tukar ke Melancholic kot.....

Tetiba rasa merepek jer Cik Linda tulis ni... konon nak luah perasaan... kang luah perasaan betul2 kang ada yang tertampar batang hidung dengan luahan ni... Cik Linda kalo boleh x nak ada sesapa terasa, walaupun dengan org yang Cik Linda x rapat.... tapi tu lah... dorang buat Cik Linda terasa boleh.. tapi sedaya upaya Cik Linda nak jaga hati dorg... sbb apa? ntah... mungkin betul kata seorang kwn, Cik Linda ni skema.... sekma ni byk makna tau.. faham2 ler korg maksud skema pada diri Cik Linda ni....

Cik Linda ni pun jarang sekali nak marah2... nak menyembur2.... bukan sifat Cik Linda nak panas baran dengan kwn2... (dgn adik beradik selalu kot)... tapi bila x tertahan tu, ada yang terkena ngn Cik Linda.. itupun baru 10% letusan kemarahannya.. x pernah Cik Linda lpaskan lebih drp tu... sbb kalo lebih, Cik Linda dah nangis..... Hadoi.... lemahnyer Cik Linda ni kan.....

Pepagi jer dah  buat luahan perasaan... walau x ramai yg membacanya.. cukuplah sekadar Cik Linda berasa ringan dengan meluahkan perasaan yang terbuku ni.....

Buat kengkawan, Cik Linda minta maaf kalo Cik Linda ni menyusahkan, menjengkelkan, dan menyakitkan hati dan perasaan kengkawan sekalian.....