There was an error in this gadget

Wednesday, September 5, 2012

Volar Wrist Ganglion Cyst & Plantar Fascitis

Assalammualaikum..

Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa benda yg Cik Linda tulis sbg tajuk ni.... 2 perkara ni sedang Cik Linda hidapi ... hal kecil pun... x derlah teruk mana.. tapi kesakitan yang Cik Linda alami ni sepanjang beberapa bulan ni menyebabkan Cik Linda x tenang.... Meh Cik Linda kongsi apa sebenarnya 2 perkara ni...

Volar Wrist Ganglion Cyst

Ini adalah ketulan yang muncul di antara sendi... ketulan ni mengandungi cecair dari sendi.. ketulan ni muncul selalunya di sebabkan trauma, ataupun sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan sendi yang ekstrem.. Dalam hal Cik Linda adalah disebabkan trauma... Cik Linda pernah hampir jatuh tangga.. tapi sempat berpaut pada tiang.. waktu nk berpaut tu tangan tergesel kat tiang.. dan dari situ Ganglion Cyst terbentuk...


Nak tahu lebih lanjut.. korg boleh search kat internet ataupun klik kat link ni..

dan Insya Allah.. jumaat ni kalau x der aral melintang.. Cik Linda akan jalani pembedahan kecil untuk membuang cyst ni... Sebenarnya ganglion Cyst ni common.. selalu berlaku pada org lain, tapi ramai yang x tau.. Kalo korg rasa di bahagian sendi korang mcm ada ketulan yang kenyal... baik korg jumpa doktor.. walaupun kebanyakan ganglion cyst tidak berbahaya dan x menyakitkan.. tapi burukler kaki / tgn korg ada bonggolan ni.. tapi dalam hal Cik Linda.. cyst ini menyakitkan.. sbb tu doktor nak remove dan Cik Linda pn nak remove....


Plantar fascitis

Yang ni plak berlaku di tapak kaki... dh nak masuk 2 bulan dah Cik Linda merasakan kesakitan yang tajam di tumit kaki...  Bila Cik Linda tanya kat doktor.. dia cakap ni adalah disebabkan inflammation pada otot dan tendon... siap dia suruh Cik Linda research sendiri kt internet.. (yer ar...jumpa pakar tangan tanya pasal kaki).. so Cik Linda pn search la kat internet....

korg pun bolehlah search kt internet atau pun klik kat link ni...http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00149

Dalam hal Cik Linda.. ni mungkin bermula apabila Cik Linda jatuh tangga batu kt rumah sewa kt UPSI dulu.. waktu tu tumit terhentak.. lebam.. tapi doktor cek x der retak... so waktu tu mmg x der lah sesakit sekarang ni.. kemudian Cik Linda bersenam robik di rumah ... tanpa pakai kasut sukan... (silap besar ler..), dan makin lama.. makin sakit lah tumit ni.... 

Simptom penyakit ni selalu di alami oleh kebanyakan org... bangun tidur, pijak lantai sakit.. bangun dari duduk pun sama.. nak berjalan terpaksa berjengket.. (x tahan sakitnyer)... benda ni pun common juga.. tapi ramai yang tak tahu... 

So buat masa ni.. Cik Linda fokus pada tangan dulu... lepas ni baru kaki.. sebelum habis belajar dan di posting tahun depan.. baik Cik Linda pulihkan diri ni... tahuler umur dah meningkat...29 tahun (bukan umur sebenar....)
http://www.smileycodes.info

No comments:

Post a Comment