There was an error in this gadget

Thursday, September 13, 2012

Untung ker jadi Cikgu...?

Assalammualaikum...
 Sejak dua menjak ni.. heboh dengan post oleh seorg blogger, Cik Liyana Adnan yang boleh dikatakan menghina kerjaya guru.... Cik Liyana kata untung jadi Cikgu... gaji besar, kerja separuh hari, cuti byk, kursus selalu (konon x pyh g sekolah), kerja pn senang (suh bebudak jer buat), x pyh byk berfikir dan macam2 lagilah....

 Apa yg Cik Liyana cakap tu mungkin apa yang dia nampak di luaran sahaja... Lagipun, perkataan Cikgu / Guru tu mungkin nampak mudah.. nampak senang... Cikgu g sekolah, masuk kelas, dok kt bilik guru... tapi jika dikupas maksud cikgu itu sendiri... mungkin dia akan tahu tanggungjawab sseorang cikgu....

Dan cikgu adalah kedua-duanya... bukan salah satu di atas.. tanggungjawab cikgu dtg dengan pakej... x boleh pilih..

 Cikgu adalah satu pekerjaan yang mulia... sedangkan dalam Islam pun kita di wajibkan untuk menghormati cikgu.... tetapi jika ada org boleh sesuka hati menghina pekerjaan ini, boleh menyebabkan pelajar2 juga boleh buat begitu.. seperti dalam berita hari ni

http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article

 15 orang pelajar belasah seorang guru... Astaghfirullah.... Untung ker jadi Cikgu?

 Pendapat Cik Linda sendiri.... memang untung jadi Cikgu... sebab walaupun tak kahwin lagi.. Cik Linda dah ada banyak anak.... Walaupun Cik Linda skang dah tak mengajar lagi (smbg belajar), mereka masih panggil Cik Linda, Cikgu.... seperti yang berlaku pada mak Cik Linda.. walaupun dah berpencen, anak murid yang paling awal dia pernah ajar pn masih panggil mak Cikgu.... Mak yang dah 34 tahun berkhidmat sebagai Cikgu... masih ada yang x lupa pada mak....

 Kerja cikgu mmg penat.... (pada sesiapa yang tak tahu lah).. mmg kerja separuh hari.. ataupun skang boleh katakan smpi pkul 4 ptg... tp balik.. kerja cikgu x pernah berhenti... nak kena siapkan RPH utk esok hari, tanda buku budak, kena buat PBS lah... kalau jd SU panitia ke, J/kuasa dlm sekolah,.. bagi yang dah berkeluarga.. nak layan suami/isteri, anak2... ada yang kena layan mak abah...kekadang kalau yg jadi guru kelas/ guru kaunseling.. malam2 pn ibubapa / pelajar akan call, berbincang masalah....

 Cikgu kerja 5 hari seminggu..... Surirumah kerja setiap hari....

 Hmmmmm.... tapi sabtu pun cikgu kena datang... cuti sekolah pun kena datang... kalau cikgu perempuan yang dah berkahwin, dia ada 2 kerja lah... cikgu n surirumah... acaner tu......

 Tapi kepuasan bila melihat anak murid berjaya.. adalah satu kepuasan yang tidak terhingga... Cik Linda ada kenal seorang cikgu ni... dia dah berap kali dpt offer naik pangkat jadi GPK... tapi semua dia tolak... Bila di tanya dia jawab, saya nak kepuasan mendidik n mengajar.... dan anak murid dia yang dah berjaya, dan dah jadi doktor pun selalu cari dia kt sekolah.. nak belanja makan... Untung jadi Cikgu....!

 Ingat dulu, waktu result PMR anak murid keluar... melihat anak murid dan ibunya berjumpa dengan semua cikgu mengucapkan terima kasih sambil diiringi tangisan kegembiraan.... Berulang2 kali ibunya ucap terima kasih sambil menggenggam erat tangan Cik Linda..... Puas.. itu lah yang Cik Linda dpt.... untung jadi Cikgu!

Cik Linda masih lagi teringat.. anak2 murid Cik Linda buat suprise sempena hari jadi cik Linda.. terharu sampai menggigil nak potong kek... Rindunya .... Untung jadi Cikgu..!!

1 comment:

  1. betul tu cik linda....

    kepuasan melihat anak2 didik berjaya yg buat kita rasa..untunggg jadi cikgu...bukan sbb persepsi org ramai yg tak tau tugas guru...

    jaga anak 2-3 orang pun ibubapa dah mengeluh...cikgu2 kena didik 20-30 murid/pelajar lagi banyak karenah yg perlu dijaga...sama-sama main peranan bukan hanya pandai kritik shaja...tq

    *kunjungan balas sbb sudi singgah blog MD

    ReplyDelete