There was an error in this gadget

Tuesday, September 18, 2012

Tabiat yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak

Assalammualaikum..

Kelas hari ni Cik Linda dapat banyak ilmu pengetahuan... Tajuk berkenaan konsep pemikiran.. yang mana pemikiran semestinya melibatkan OTAK...... 

Tahu tak otak kita sudah mula dibangunkan sejak kita berusia 6 hari di dalam kandungan..., dan apabila dilahirkan otak kita telah pun berkembang sebanyak 25%, kemudian 50 % pada usia 6 bulan, 85% pada usia 3 tahun dan 95% pada usia 6 tahun...

Tapi otak kita juga boleh merosot perkembangan dan penggunaannya.. dan antara yang menyumbang kepada kerosakan / kemerosotan otak ini adalah yang berikut...

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Apabila seseorang memulakan harinya tanpa bersarapan, akan menyebabkan fungsi otak berkurangan... ini kerana otak memerlukan nutrisi, yang datang dari gula yang diserap dari pengambilan sarapan.. Dan, sarapan  hendaklah dengan makanan yang sihat... seperti oat n susu amatlah digalakkan.
http://www.smileycodes.info

TERLEBIH MAKAN

Terlebih makan pun boleh membawa kerosakan otak.. kerana ini akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa otak

PEROKOK

Asap rokok memang kita semua tahu akan keburukannya.... asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer (nyanyuk)..
http://www.smileycodes.info
PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Lebih kurang macam makan berlebihan... Gula berlebihan boleh menganggu perkembangan otak

PENCEMARAN UDARA

Otak adalah pengguna oksigen yang terbesar dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika udara sekeliling tercemar , boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak.

TERLEBIH TIDUR

Tidur itu merupakan keperluan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Tidur itu bagus untuk merhatkan otak, tetapi jika terlebih tidur, samalah juga otak kita terlebih rehat boleh menyebabkan sel-sel otak mati.
http://www.smileycodes.info
MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR

Ramai yang ada tabiat ni.. tak elok.. seperti yang dikatakan tadi.. otak memerlukan oksigen, apabila kita tidur sambil menutup muka, menyebabkan lebih banyak gas karbon dioksida yang diterima peparu dan diterima oleh otak. Dan gas ini boleh menyebabkan kerosakan otak.
http://www.smileycodes.info
MEMBIARKAN OTAK BEKERJA KETIKA BADAN TIDAK SIHAT

Otak dan badan adalah saling melengkapi... Oleh itu jika tubuh badan tidak sihat, tetapi otak kita dipaksa untuk bekerja boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak..Oleh itu jika sakit, silalah berehat..
http://www.smileycodes.info
KURANG BERIMAGINASI

Berfikir adalah salah satu cara dalam melatih otak. Kurangnya imaginasi boleh menyebabkan fungsi otak berkurangan dan otak akan menjadi lebih pasif. "Thinking out of the box"
http://www.smileycodes.info
JARANG BERFIKIR

Berfikir adalah senaman untuk otak... menjadikan fungsi otak lebih aktif. Jika jarang berfikir, fungsi otak makin menurun..

No comments:

Post a Comment