There was an error in this gadget

Saturday, September 29, 2012

SPM 36 hari lagi...?

Asssalammualaikum...

Cik Linda buka FB hari ni.. terlihat satu post... PMR 9 hari lagi.... SPM 36 hari lagi.... Hmmm.. Cik Linda nk fokus pada SPM... http://www.smileycodes.info sesiapa yang bakal mengambil SPM ... ingatlah, 36 hari tu bukan nyer lama lagi... tolak sabtu ahad.. tolak cuti raya haji.. cuti deepavali... tolak waktu korg main FB, waktu tidur... lebih kurang 15 hari sebenarnya.... Berdebar x?
http://www.smileycodes.info



Jadi di sini, Cik Linda nak berkongsi tips utk menghadapi SPM ni...
http://www.smileycodes.info

  1. Pastikan kamu semua sedar yg korang ni akan ambil SPM.... (kalo x sedar2 gak, tu yang buat sambil lewa nanti...
  2. Pastikan segala peralatan yang korg nak gunakan nanti mencukupi.... Alat tulis, kalkulator, alat2 geometri, alat2 melukis... n mcm2 lagilah.. dah boleh mula beli dari sekarang yer...
  3. Korang dah boleh mula minta maaf dan berbaik dengan sesapa yang pernah korang sakiti... http://www.smileycodes.info  janganlah minggu depan nk exam, baru nak minta maaf... mula dr sekarang... n pastikan ikhlas.... kalo kita ikhlas... orang lain akan mendoakan kita dengan ikhlas..... penting tu!!
  4. Pastikan korg jaga kesihatan ... bermula dr hari ni.. demam sikit pun sila jumpa doktor, makan ubat....  kalo boleh makan vitamin Kompleks n Vitamin C (waktu sek asrama dulu, Cik Linda kena makan, bila nak dekat exam ni)
  5. Jaga pemakanan.... (sbb sakit perut adalah sakit yang betul akan menjejaskan korg bila exam nanti )
  6. http://www.smileycodes.info
  7. Kurangkan makan fast food... McD, KFC, Pizza, .... mknn ringan pun kurangkan... kalau boleh makan makanan yang di masak dirumah... dapat kurangkan pengambilan MSG... 
  8. Dulu masa zaman sek asrama... kitorg yg F3 n F5, waktu supper dpt makan roti n minum soya panas... itu pun satu petua gak.. soya panas baik utk otak...
  9. Pastikan tidur mencukupi.. 6-8 jam.. jangan kurang atau terlebih.. x elok...
  10. Dalam masa 36 hari lagi ni.. janganlah nak merempit ker, atau nak naik motor (kalo x der lesen tu), kang eksiden susah...! Berhati2 ler korang.. nak turun tangga ker, nak melintas jalan ker... Tolong ler berhati2....
  11. http://www.smileycodes.info

Ini pula tips ulangkaji di saat2 terakhir....
  1. Buat latihan tu mmg semestinya.... 
  2. http://www.smileycodes.info
  3. study balik latihan2 yang pernah dibuat...tgk balik soalan2 yang dah pernah dibuat
  4. kalo dah pernah buat soalan2 percubaan neg lain... study balik... manalah tahu tetiba terkeluar soalan yang sama... (pernah berlaku kt Cik Linda.. soalan Fizik.. sama jer soalan cuma nilai berbeza)
  5. http://www.smileycodes.info
  6. kena ingat.. set dalam otak... pemeriksa bagi kertas subjektif n esei adalah MANUSIA... oleh itu, tulislah dengan kemas, ayat yang menarik... (sbb tu korg kena pandai ambil hati pemeriksa)
  7. Untuk soalan esei... lagi mudah kalau korang guna ayat yang ringkas tetapi sedap di baca....
  8. Untuk soalan subjektif pula, korang kena kenal pasti keyword yang perlu korang masukkan dalam jawapan korang
  9. Bagi soalan matematik/ Matematik Tambahan... bg soalan subjektif... pastikan korg buat jalan kira satu persatu... lihat markah utk setiap soalan.. kalau markahnyer banyak, bermakna langkah kerjanya pun banyak....
  10. Pilih soalan yang boleh membantu memberi markah yang banyak... Matematik ni, kalau jawapan akhir salah pun, tapi jalan kira betul dapat markah.... TAPI...kalau awal2 lagi jwpn korg dah salah, sampai jwpn akhir konpem salah.. n jalan kira pun di kira salah.. oleh itu BERHATI2....
  11. Soalan SAINS, KIMIA, FIZIK BIOLOGI, kalau kena lukis2 tu, lukis dengan kemas, dan jangan LUPA....lukisan mesti DILABEL.... contohnya korang lukis radas eksperimen untuk penyulingan.. korang kena label radas, proses yang berlaku.. n mcm2 lagi...

Itu jerlah yang dapat Cik Linda coretkan... dengan tangan berbalut sebelah ni.. hahahha.. sempat lagi plak tu nk tulis kt blog ni... tapi utk korang jugak...

Tuesday, September 18, 2012

Tabiat yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak

Assalammualaikum..

Kelas hari ni Cik Linda dapat banyak ilmu pengetahuan... Tajuk berkenaan konsep pemikiran.. yang mana pemikiran semestinya melibatkan OTAK...... 

Tahu tak otak kita sudah mula dibangunkan sejak kita berusia 6 hari di dalam kandungan..., dan apabila dilahirkan otak kita telah pun berkembang sebanyak 25%, kemudian 50 % pada usia 6 bulan, 85% pada usia 3 tahun dan 95% pada usia 6 tahun...

Tapi otak kita juga boleh merosot perkembangan dan penggunaannya.. dan antara yang menyumbang kepada kerosakan / kemerosotan otak ini adalah yang berikut...

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Apabila seseorang memulakan harinya tanpa bersarapan, akan menyebabkan fungsi otak berkurangan... ini kerana otak memerlukan nutrisi, yang datang dari gula yang diserap dari pengambilan sarapan.. Dan, sarapan  hendaklah dengan makanan yang sihat... seperti oat n susu amatlah digalakkan.
http://www.smileycodes.info

TERLEBIH MAKAN

Terlebih makan pun boleh membawa kerosakan otak.. kerana ini akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa otak

PEROKOK

Asap rokok memang kita semua tahu akan keburukannya.... asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer (nyanyuk)..
http://www.smileycodes.info
PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Lebih kurang macam makan berlebihan... Gula berlebihan boleh menganggu perkembangan otak

PENCEMARAN UDARA

Otak adalah pengguna oksigen yang terbesar dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika udara sekeliling tercemar , boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak.

TERLEBIH TIDUR

Tidur itu merupakan keperluan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Tidur itu bagus untuk merhatkan otak, tetapi jika terlebih tidur, samalah juga otak kita terlebih rehat boleh menyebabkan sel-sel otak mati.
http://www.smileycodes.info
MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR

Ramai yang ada tabiat ni.. tak elok.. seperti yang dikatakan tadi.. otak memerlukan oksigen, apabila kita tidur sambil menutup muka, menyebabkan lebih banyak gas karbon dioksida yang diterima peparu dan diterima oleh otak. Dan gas ini boleh menyebabkan kerosakan otak.
http://www.smileycodes.info
MEMBIARKAN OTAK BEKERJA KETIKA BADAN TIDAK SIHAT

Otak dan badan adalah saling melengkapi... Oleh itu jika tubuh badan tidak sihat, tetapi otak kita dipaksa untuk bekerja boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak..Oleh itu jika sakit, silalah berehat..
http://www.smileycodes.info
KURANG BERIMAGINASI

Berfikir adalah salah satu cara dalam melatih otak. Kurangnya imaginasi boleh menyebabkan fungsi otak berkurangan dan otak akan menjadi lebih pasif. "Thinking out of the box"
http://www.smileycodes.info
JARANG BERFIKIR

Berfikir adalah senaman untuk otak... menjadikan fungsi otak lebih aktif. Jika jarang berfikir, fungsi otak makin menurun..

Thursday, September 13, 2012

Untung ker jadi Cikgu...?

Assalammualaikum...
 Sejak dua menjak ni.. heboh dengan post oleh seorg blogger, Cik Liyana Adnan yang boleh dikatakan menghina kerjaya guru.... Cik Liyana kata untung jadi Cikgu... gaji besar, kerja separuh hari, cuti byk, kursus selalu (konon x pyh g sekolah), kerja pn senang (suh bebudak jer buat), x pyh byk berfikir dan macam2 lagilah....

 Apa yg Cik Liyana cakap tu mungkin apa yang dia nampak di luaran sahaja... Lagipun, perkataan Cikgu / Guru tu mungkin nampak mudah.. nampak senang... Cikgu g sekolah, masuk kelas, dok kt bilik guru... tapi jika dikupas maksud cikgu itu sendiri... mungkin dia akan tahu tanggungjawab sseorang cikgu....

Dan cikgu adalah kedua-duanya... bukan salah satu di atas.. tanggungjawab cikgu dtg dengan pakej... x boleh pilih..

 Cikgu adalah satu pekerjaan yang mulia... sedangkan dalam Islam pun kita di wajibkan untuk menghormati cikgu.... tetapi jika ada org boleh sesuka hati menghina pekerjaan ini, boleh menyebabkan pelajar2 juga boleh buat begitu.. seperti dalam berita hari ni

http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article

 15 orang pelajar belasah seorang guru... Astaghfirullah.... Untung ker jadi Cikgu?

 Pendapat Cik Linda sendiri.... memang untung jadi Cikgu... sebab walaupun tak kahwin lagi.. Cik Linda dah ada banyak anak.... Walaupun Cik Linda skang dah tak mengajar lagi (smbg belajar), mereka masih panggil Cik Linda, Cikgu.... seperti yang berlaku pada mak Cik Linda.. walaupun dah berpencen, anak murid yang paling awal dia pernah ajar pn masih panggil mak Cikgu.... Mak yang dah 34 tahun berkhidmat sebagai Cikgu... masih ada yang x lupa pada mak....

 Kerja cikgu mmg penat.... (pada sesiapa yang tak tahu lah).. mmg kerja separuh hari.. ataupun skang boleh katakan smpi pkul 4 ptg... tp balik.. kerja cikgu x pernah berhenti... nak kena siapkan RPH utk esok hari, tanda buku budak, kena buat PBS lah... kalau jd SU panitia ke, J/kuasa dlm sekolah,.. bagi yang dah berkeluarga.. nak layan suami/isteri, anak2... ada yang kena layan mak abah...kekadang kalau yg jadi guru kelas/ guru kaunseling.. malam2 pn ibubapa / pelajar akan call, berbincang masalah....

 Cikgu kerja 5 hari seminggu..... Surirumah kerja setiap hari....

 Hmmmmm.... tapi sabtu pun cikgu kena datang... cuti sekolah pun kena datang... kalau cikgu perempuan yang dah berkahwin, dia ada 2 kerja lah... cikgu n surirumah... acaner tu......

 Tapi kepuasan bila melihat anak murid berjaya.. adalah satu kepuasan yang tidak terhingga... Cik Linda ada kenal seorang cikgu ni... dia dah berap kali dpt offer naik pangkat jadi GPK... tapi semua dia tolak... Bila di tanya dia jawab, saya nak kepuasan mendidik n mengajar.... dan anak murid dia yang dah berjaya, dan dah jadi doktor pun selalu cari dia kt sekolah.. nak belanja makan... Untung jadi Cikgu....!

 Ingat dulu, waktu result PMR anak murid keluar... melihat anak murid dan ibunya berjumpa dengan semua cikgu mengucapkan terima kasih sambil diiringi tangisan kegembiraan.... Berulang2 kali ibunya ucap terima kasih sambil menggenggam erat tangan Cik Linda..... Puas.. itu lah yang Cik Linda dpt.... untung jadi Cikgu!

Cik Linda masih lagi teringat.. anak2 murid Cik Linda buat suprise sempena hari jadi cik Linda.. terharu sampai menggigil nak potong kek... Rindunya .... Untung jadi Cikgu..!!

Wednesday, September 5, 2012

Volar Wrist Ganglion Cyst & Plantar Fascitis

Assalammualaikum..

Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa benda yg Cik Linda tulis sbg tajuk ni.... 2 perkara ni sedang Cik Linda hidapi ... hal kecil pun... x derlah teruk mana.. tapi kesakitan yang Cik Linda alami ni sepanjang beberapa bulan ni menyebabkan Cik Linda x tenang.... Meh Cik Linda kongsi apa sebenarnya 2 perkara ni...

Volar Wrist Ganglion Cyst

Ini adalah ketulan yang muncul di antara sendi... ketulan ni mengandungi cecair dari sendi.. ketulan ni muncul selalunya di sebabkan trauma, ataupun sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan sendi yang ekstrem.. Dalam hal Cik Linda adalah disebabkan trauma... Cik Linda pernah hampir jatuh tangga.. tapi sempat berpaut pada tiang.. waktu nk berpaut tu tangan tergesel kat tiang.. dan dari situ Ganglion Cyst terbentuk...


Nak tahu lebih lanjut.. korg boleh search kat internet ataupun klik kat link ni..

dan Insya Allah.. jumaat ni kalau x der aral melintang.. Cik Linda akan jalani pembedahan kecil untuk membuang cyst ni... Sebenarnya ganglion Cyst ni common.. selalu berlaku pada org lain, tapi ramai yang x tau.. Kalo korg rasa di bahagian sendi korang mcm ada ketulan yang kenyal... baik korg jumpa doktor.. walaupun kebanyakan ganglion cyst tidak berbahaya dan x menyakitkan.. tapi burukler kaki / tgn korg ada bonggolan ni.. tapi dalam hal Cik Linda.. cyst ini menyakitkan.. sbb tu doktor nak remove dan Cik Linda pn nak remove....


Plantar fascitis

Yang ni plak berlaku di tapak kaki... dh nak masuk 2 bulan dah Cik Linda merasakan kesakitan yang tajam di tumit kaki...  Bila Cik Linda tanya kat doktor.. dia cakap ni adalah disebabkan inflammation pada otot dan tendon... siap dia suruh Cik Linda research sendiri kt internet.. (yer ar...jumpa pakar tangan tanya pasal kaki).. so Cik Linda pn search la kat internet....

korg pun bolehlah search kt internet atau pun klik kat link ni...http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00149

Dalam hal Cik Linda.. ni mungkin bermula apabila Cik Linda jatuh tangga batu kt rumah sewa kt UPSI dulu.. waktu tu tumit terhentak.. lebam.. tapi doktor cek x der retak... so waktu tu mmg x der lah sesakit sekarang ni.. kemudian Cik Linda bersenam robik di rumah ... tanpa pakai kasut sukan... (silap besar ler..), dan makin lama.. makin sakit lah tumit ni.... 

Simptom penyakit ni selalu di alami oleh kebanyakan org... bangun tidur, pijak lantai sakit.. bangun dari duduk pun sama.. nak berjalan terpaksa berjengket.. (x tahan sakitnyer)... benda ni pun common juga.. tapi ramai yang tak tahu... 

So buat masa ni.. Cik Linda fokus pada tangan dulu... lepas ni baru kaki.. sebelum habis belajar dan di posting tahun depan.. baik Cik Linda pulihkan diri ni... tahuler umur dah meningkat...29 tahun (bukan umur sebenar....)
http://www.smileycodes.info

Monday, September 3, 2012

Dunia Masakan Cik Linda


Assalammualaikum

Ramai yg tahu minat Cik Linda pada dunia masakan... Macam mana ia bermula..? Rasanya genetik kot.. hahaha.. sbb kedua2 mak abah Cik Linda memang pandai memasak....

Kepakaran mak adalah dalam memasak kuih, roti, kek n masakan kampung. Abah pula kepakaran dalam masakan2 istimewa spt nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani n mcm2 lagi..

Dan Cik Linda sudah pun mula memasak sejak darjah 6 lagi.. itu pun dgn bantuan mak... dulu waktu kecik2 mak yg buat kek birthday utk kami adik beradik... dan setiap petang mak akan selalu buat kuih.. at least pn cekodok walaupun mak busy ngan tuisyen di rumah...

Abah pula ... kalo ada rezeki dia akan masak nasi ayam... nasi ayam abah mmg sedap.... tak macam kebykn org lain masak... Pernah sekali dulu, Hari Keluarga KEMSAINS, abah buka gerai nasi ayam ... letak nama Huda Nasi Ayam (.. nama kakak Cik Linda)... belum pkul 12.. rasanya pukul 10 kitorg dh tutup gerai.. sbb habis... hahaha.. pagi2 lagi dorg makan nasi ayam...

Dulu2 waktu kecik Cik Linda mmg suka memasak... ingat lagi lpas UPSR.. kakak n abang n kengkawan dorg tgh tuisyen ngn mak ... Cik Linda masak roti sosej dibalut popiah dan digoreng... Perghhhh... sedap..!! Lpas tusisyen, terus makan...

Bila dh belajar jauh2.. ke Kelantan, P. Pinang.. pastu UKM.. Cik Linda jarang masak.. kekadang jer.. tp kek n kuih setiap kali balik rumah selalu buat.... Bila dah duduk rumah balik.... mulalah Cik Linda rasa tanggungjawab memasak... letih dibuatnya.... sampikan rasa minat memasak dah hilang.. semuanya tanggungjawab.... smpikan bila Cik Linda pernah demam x nak makan ubat.. sbb x nak memasak... sbb bila tanggungjawab tu ada... sakit2 pn kena buat.. kalo x sapa nak masak...

Tp sejak kakak n adik mendesak Cik Linda mencuba nasib untuk MasterChef Malaysia yang pertama.... Minat memasak itu hidup semula.... mahu gak sebulan sebelum audition .. mcm2 Cik Linda masak... smpikan adik Cik Linda yang dulu agak kurus dah jadi tembam... hahaha (sori Daya)....

Selepas gagal dalam audition Masterchef Malaysia... minat memasak makin menebal... bermacam2 resepi Cik Linda dah buat.. dari kuih, kek.. cupcake n masakan lain... sekarang Cik Linda berniaga cupcake... sbg side income n juga sbg hobi.. Alhamdulillah ada rezekinya.... Raya tahun ni jgak Cik Linda mula berniaga kuih raya.. Alhamdulillah... rezeki...

Harap2 minat ini x kan hilang lagi... sbb Cik Linda cuba seiringkan dengan tanggungjawab.... , walaupun Cik Linda ni single, mingle, tingle... tp still I have my family ....