There was an error in this gadget

Tuesday, May 22, 2012

PTPTN... patutkah dimansuhkan?


Assalammualaikum....

Hari ni Cik Linda nk kongsi pendapat mengenai isu terkini ... PTPTN , perlukah dimansuhkan?

Rugi rasanya tak tengok debat PTPN semalam... rumah sewa kt Tg Malim ni x der Astro.. uhuhuhu.. nk juga tau apa yang terjadi. Dengar2 kata debat yang sengit. Debat atr Rafizi dan Khairy J. Disebabkan x tgk debat, so x bleh lah nk ulas lebih...

Sebagai seorang penghutang dalam PTPTN ni.. Cik Linda hanya nk memberi pendapat... Kalau hutang nak dimansuhkan agak x berpatutan.. Yerlah, kalo pinjaman hingga puluhan ribu, utk seorang.... berapa juta atau billion agaknyer PTPTN nak tanggung... Dan boleh dikatakan dari duit PTPTN yang diterima oleh pelajar.. lebih 50% yang menggunakannya untuk berjoli sakan.. Yerlah, kalo dpt satu semester dalam RM3500 (waktu zaman Cik Linda ler)... dapat lum sum plak tu... x dernyer nk guna byk utk belajar.. beberapa org yng Cik Linda kenal... Nak tau diorang buat apa bila dapat jer duit PTPTN ?

  1. Beli handphone baru... Handphone Nokia 3310 yg elok lagi trade in, beli handphone yg ada polyphonic.... up skit beli hp yg boleh amik gambar.
  2. Beli minyak wangi, berharga RM 200 ke atas... wow.. Cik Linda dulu beli jer cologne gel kt kedai UNIKEB (UKM nyer)
  3. Pergi makan KFC / McD stp minggu... tgk wayang setiap minggu..  karaoke 2 kali seminggu.. hahahah
  4. Shopping sakan smpi beratus habis duit..

Biler dirisik, dorg cakap, alah dorg belajar mak bapak bulan2 masih lagi bg duit.. so PTPTN tu boleh lah berjoli... Huh...Cik Linda dpt jer duit PTPTN, mak abah stop bg duit... x der hulur... smpiler habis duit PTPTN....

Oleh itu, bagi Cik Linda x patutler hutang korang yang korang guna untuk berjoli2 tu korg nk mansuhkan .. kalo nk mansuhkan PTPTN utk akan datang mungkin boleh dipertimbangkan.... ataupun nk kurangkan interest mungkin patutlah kot... Yerlah, kita waktu sign agreement tu pun .. umur baru 19 thn... x matang pn.. dengar jer psl duit ... semua sign... boleh dikatakan kebykn penghutang PTPTN ni x baca habis pn agreement tu..

Itu pendapat Cik Linda...

Wednesday, May 9, 2012

Hanya kerana terlanggar siku ketika ruku'

Assalammualaikum..
Hari ni Cik Linda sgt sedih apabila dpt tahu, adik kesayangan Cik Linda dimalukan dikhalayak ramai selepas menunaikan solat di surau.

Astaghfirullah Al azim... serius.. gugur air mata ni mengetahuinya... Hanya kerana adik Cik Linda adalah org istimewa, tidak bermakna boleh dimalukan.. apalagi dalam rumah Allah... hanya kerana adik Cik Linda bersolat jemaah . Ketika bersolat, adik Cik Linda terlanggar siku seorang pakcik yang berjemaah disebelahnyer.. itu pun ketika Ruku'. Selesai saja solat, pak cik itu telah memarahi adik Cik Linda di depan jemaah yang lain... Adik Cik Linda berasa takut, balik jer surau terus mengadu kt Mak...  Sedihnya..

Banyak dugaan yang adik Cik Linda ni lalui... Tahun sebelumnya.. ketika bersolat terawih, adik Cik Linda dibaling ngan selipar oleh bdak2.. dan selipar tu terkena Pak Imam... kerana adik bersolat dibelakang Pak Imam....  Adik Cik Linda pun pernah dibaling dengan mercun oleh budak2 dalam perjalanan ke surau...

Apakah dosa adik Cik Linda hingga hinanya dia dipandangan orang lain.. Hanya kerana dia lain drp kita ... tidak bermakna org lain berhak nak perlakukan dia sebegitu rupa.

Pesanan untuk Pak Cik yg marah adik saya :
"Pak cik.. adik saya cuba memelihara solat dia dan solat pakcik dengan merapatkan saf.... , sepatutnya pak cik kena menghargainya... bukan menjejaskan maruahnya.. kalau nak tegur pn ada caranya. Setiap hari adik saya pergi surau nak meramaikan jemaah... stp kali balik sekolah dia akan singgah surau. Setiap maghrib dan isyak dia akan ke surau.... dengar jer azan dia akan ke surau.. kekadang sebelum azan pun dia ke surau... adakalanyer dia yang mengalun azan tersebut..... Tindakan pak cik mungkin boleh menyebabkan adik saya takut ke surau kerana bimbang dimarahi lagi... Wahai pak cik sedarkah tindakan pak cik itu?"

Tuesday, May 8, 2012

Hyperaktif?

Assalammualaikum..
Hari ni ada Cik Linda agak sedikit tersentuh... hanya kerana satu perkataan ..'HIPERAKTIF'...

Terma HIPERAKTIF sekarang adalah tidak sesuai digunakan sesuka hati apatah lagi menggambarkan mahupun mencirikan karakter seseorang. Ini kerana HIPERAKTIF tu sendiri merupakan satu simptom yang menunjukkan kekurangan dalam diri seseorang secara biologi / perubatan.  Terma ini adalah untuk golongan manusia yang mempunyai keabnormalan dalam genetik mereka, bukan dalam sifat mahupun personaliti mereka. Jadi tidaklah sesuai jika mencirikan seseorang yang nakal, agresif sebagai seseorang yang HIPERAKTIF.  

Seseorang yang disahkan oleh doktor, mengalami simptom Hiperaktif ini akan diklasifikasikan sebagai ADHD.. Attention Deficit Hyperactive Disorder... Maka ini diklasifikasikan sebagai satu kecacatan genetik. Kejadian Tuhan, bukan saja-saja. Jadi tidaklah elok jika melabelkan seseorang itu sebagai seorang yang hiperaktif sedangkan seseorang itu hanya mempunyai personaliti yang boleh dikatakan terlebih aktif. Personaliti boleh jadi secara genetik dan juga boleh terjadi hasil daripada persekitarannya.

Dan kalau kanak2 / remaja yang Hiperaktif, persekitaran pembelajarannya tak boleh sama dengan kanak2/ remaja yang normal. Mereka akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan khas agar mereka berpeluang menjalani proses pembelajaran. Oleh itu, untuk mengatakan golongan Hiperaktif adalah golongan yang disruptive sama dengan pelajar yang nakal, suka berjalan, suka ketawa2 kuat dan sbgnya adalah bagi saya adalah tidak sesuai. Kerana golongan disruptive ini adalah golongan yang bermasalah yang puncanya lebih kepada persekitaran. Orang yang Hiperaktif bukan orang yang nakal, bukan orang yang agresif tetapi mereka cuma menghadapi masalah dalam mengawal psikomotor dan kognitif mereka. Sebab itu dalam jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, mengklasifikasikan orang yang Hiperaktif tergolong dalam kecacatan akal.

Jadi kalau kita nak guna terma HIPERAKTIF, haruslah kita berfikir dengan maksud apakah kita menggunakan terma tersebut. Jangan sampai ada hati yang terasa dan terluka apabila ada yang melabel seseorang itu sebagai seseorang yang Hiperaktif. Sebab Cik Linda pun agak terasa sebab orang yang Cik Linda sayang merupakan seseorang yang disahkan oleh doktor sebagai Hiperaktif.