There was an error in this gadget

Friday, February 24, 2012

Doktor.. oh.. Doktor..

Assalammualaikum..

Lama dah tak menulis kt sini... Yerlah, sejak Cik Linda berpindah ke Tg Malim, x der sgt connection dgn internet... So agak susah nk meluahkan isi hati, isi otak yg terkumpul.. Setiap minggu Cik Linda akan balik KL.. Insya Allah.. sbb stakat ni hr jumaat x der kelas..

Di sini, Cik Linda nk bercerita pengalaman Cik Linda berjumpa seorg doktor.. bukanlah sakit sgt pn.. cuma nk pendapat doktor ttg satu permasalahan kesihatan... Kisahnyer bermula apabila Cik Linda pergi ke sebuah klinik kesihatan daerah....

Cik Linda masuk ke bilik doktor, lalu duduk di kerusi yg disediakan..

Doktor : Awak ni apsal...? (dengan nada yg agak keras)

Cik Linda : Saya ada injury lama .. dah sebulan tp x surut2 bengkaknyer (sambil menunjukkan pergelangan tangan kiri)

Doktor: Apa yg awak buat smpi injured? (masih dengan nada keras)

Cik Linda : Sy hampir terjatuh.. tp x jatuh pun sbb sempat peluk tiang.. tp tgn saya bergesel ngn tiang tu.. jadi bengkak smpi ker siku,, ada lah lebam.. tp lpas tu surut bengkak tu kecuali yg kt sini.... (sambil menunjukkan lg tgn kiri )

Doktor : Ada jumpa doktor? (masih lagi dengan nada yg keras tu)

Cik Linda : Tak, sbb sy ingat x der masalah apa2.. Ingat perkara kecil jer...

Doktor : Awak x jumpa doktor? Ini kalau dh patah, dh sebulan x bleh buat apa. Dah patah, patah ar...

Cik Linda : Sy ingat perkara kecil jer.. sy x jatuh pn.. cuma hampir jatuh.. lgpun mak saya suruh sy berurut jer...

Doktor : Huh.. mak awak doktor ker? (dgn nada perli plak)

Cik Linda : X derlah, lgpun org tua2.. manalah tahu dorg lbh tahu..

Doktor : Huh.. (sambil senyum sinis n rolling eyes). Awak gi x-ray, lpas tu masuk balik ni.. (sambil menghulurkan borg x-ray)

So, Cik Linda ngn hati yg agak terasa ni, terus g x-ray.. dlm hati ni membara gak ngn tingkah laku doktor tu.... Terasa gak nk tulis kertas cadangan utk doktor yg sgt "beradab tu".. so lepas X-ray, Cik Linda masuk ke bilik tu semula... kosong.. x der org... Lpas tu nampak nurse yg ada dgn dr tu td...

Cik Linda : Nurse, sy dh buat x-ray.. Dlm bilik x der Doktor pun..

Nurse : Ooo.. Doktor dah rehat,, u tunggu pkul 1 nanti...

Cik Linda tgk jam.. baru pkul 12.15.. tertulis kt sign kt luar klinik tu, rehat pkul 1... Blik2 doktor lain masih lagi berjalan spt biasa... So Cik Linda pn tunggu ngn kwn Cik Linda, Amar.. Dlm 30 minit.. Doktor tu masuk ke dalam bilik tu.. Cik Linda tunggu dlm 10 minit baru masuk.. tp pintu bilik tu terkunci.. 2 kali gak Cik Linda gi kt bilik tu tp terkunci lagi... So Cik Linda pn tunggu kt luar lg...

X lama lg selepas tu, baru pintu tu terbuka, Dr tu menjulurkan kepalanyer senyum kt Cik Linda.. (ngeri plak). Dia panggil masuk. dan selepas tu segala perbualan adalah sgt bersopan n tiada pun nada2 keras... Aik, pelik plak rasanyer... Then bila cik Linda kuar, Cik Linda pn cakap kt kawan.. "Agak2nyer Doktor ni lapar kot.. tu yang badmood jer... " Cik Linda plak jd mangsanyer...

Ish..ish...