There was an error in this gadget

Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013

Assalammualaikum

Malam ni malam terakhir bagi tahun 2012, esok mulalah tahun yang baru bagi kita semua. Seperti biasa, setiap kali bermulanya tahun baru mesti ada azam yang hendak dipenuhi.. Ada yang tercapai dan ada yang belu tercapai.. jom imbas balik apa azam tahun 2012 Cik Linda yer

Kalo ikutkan azam sejak tahun 2008 - 2012, Cik Linda asyik cakap pasal nak dapat kerja.. terutamanya kerja tetap dan kerajaan.. heheheh... sebenarnya pada tahun 2012 , dah tercapai sebenarnya azam ni... Cik Linda dapat kerja sbg Pegawai Belia dan Sukan.. kat Jabatan Belia dan Sukan Kedah.. tp Cik Linda terpaksa tolak, sbb Cik Linda dah pun masuk belajar DPLI kat UPSI.. banyak pertimbangan yang Cik Linda buat.. Akhirnya Cik Linda kekal dalam usaha menjadi seorang pendidik..

Hmmm.. Azam yg seterusnya, nak kurangkan berat badan.. at least 25%.... hmmmm x berjaya nampaknyer.. sbb ada turun dan ada naiknya... almaklumlah, bila dah masuk belajar balik.. mulalah asyik nak makan jer.. stress jer makan, study jer makan.... bila marah kt org yg menyakitkan hati jer, makan.. ish....ish..

Azam cari soulmate....???? Masih lagi dalam pencarian... walaupun prospek semakin luas, tapi kalau hati belum terbuka camner nak jumpa kan....  kalau ada yg berkenan di hati kecil Cik Linda, dah berpunya... ataupun x berkenan kat Cik Linda ni... 

Master dlm baking skills... x derlah master sgt.. tapi ada kemajuan... dah pelbagai jenis cupcake yg Cik Linda dah buat... a whole kek pun boleh (perlu diperbaiki lagi)... Cik Linda pun dah buat bisnes kuih raya (sempena aidilfitri lalu)... 

So, utk tahu 2013 ni.. Cik Linda masih mengekalkan azam yang sama... Cik Linda akan buat yang terbaik tahun ni.... 

Selamat Tahun Baru 2013



Monday, December 17, 2012

Andai ku bercinta lagi...

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz2FExPZGBI

Assalammualaikum..

Sejak 2 menjak ni, Cik Linda asyik dengar jer lagu ni... kekadang dok sorg2 terngiang suara Aweera ni, Cik Linda pun search lah lagu ni... bila menghayati lirik nya yang syahdu ni, sedih ... tengok video klip pun sedih... 
http://www.smileycodes.info

Cik linda lagi sedih dengar korusnyer...

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Cik Linda terpikir, bilakah akan Cik Linda bercinta lagi...... (cewah.. nak syahdu-syahdan plak).

Mungkin belum bersedia lagi.... banyak yang Cik Linda nak kena perbaiki diri sendiri.. bak kata seorang kakak yang Cik Linda kenali dulu... "sebelum kita mencari yang terbaik, kita perbaiki diri dulu......"

Adik butang (Kwn cik linda) pun cakap masalah nak mencari jodoh ni bukan masalah jodoh tu, masalah Cik Linda sendiri... Cik Linda yang belum bersedia lagi.. masih belum berkeyakinan...  Masih rasa serba kekurangan...

Walaupun umur pun dah nak menginjak ke dekad yg ke-3, ooopssss.....http://www.smileycodes.info tapi masih lagi belum bersedia... Umur x menentukan bila nak bertemu jodoh yer... ramai gak yang Cik Linda dengar.. umur dah boleh kahwin.. ada yg tergesa2 nk kahwin sbb umur 26-27... kalo jodoh tu dah dtg..http://www.smileycodes.info umur 15 tahun pun dah kahwin.. kalo dia nak datang umur 50 pun baru kahwin.... persediaan diri nak kahwin tu yang penting.... kalau nak bercinta lagi pun x sedia... camner nak kahwin kan... kalo sebab cinta jer ... tapi mental x sedia susah gak... 

Kan...!!!
http://www.smileycodes.info



Wednesday, December 12, 2012

Spagetti ala Cik Linda

Assalammualaikum

Ramai gak dah bertanya resepi Cik Linda ni... kekadang Cik Linda ni pakai campak2 jer... x der pun resepi, sukatan.. tu lah bila org tanya Cik Linda kena buka kotak memori ni.. nak ingatkan balik...

Nilah resepinya..

Spagetti ala Cik Linda.

Utk kuah :

3-4 sudu besar minyak zaitun. (EVOO - Extra Virgin Olive Oil) - lebih pun x per...

1 bawang besar / bawang holland pun boleh - ptong dadu kecil

3-4 ulas bawang putih (cincang)

1 bungkus daging cincang (rasa2 nyer dlm 400 gm)

1 lada benggala / capsicum (cik linda biasa pakai hijau) - potong dadu

1 paket cendawan putih/ coklat (swiss mushroom) (Cik Linda biasa pakai segar - x pakai tin) - dihiris

1 Tin tomato puree

2 sudu besar sos cili

garam

gula

Air (ukuran tin tomato puree tadi)

2 keping keju cheddar

Herba.. (kalo nk senang pakai Italian Herbs) (kalo nak susah - carilah oregano, basil, parsley)

Utk pasta..:

1 bungkus spagetti (500 gm kot....) lupa plak

Seperiuk air

Garam

Minyak Zaitun

Cara-cara :

Utk Kuah :


  1.  masak daging atas kuali/ periuk, tanpa minyak.. sbb nak keluarkan air daging.. masak smpi daging tu berketul2 halus. (jgnler halus sgt), air daging pun skit jer tinggal.. pastu ketepikan
  2.  masukkan minyak zaitun dalam periuk yang sederhana panas.. (minyak zaitun ni x boleh panas sangat, hilang khasiatnyer)... 
  3. Tumiskan bawang besar, diikuti bawang putih.. bila dah naik bau.. masukkan lada benggala dan cendawan. Masak sekejap... bak kata omputeh.. saute....
  4. Masukkan daging tadi. Gaul. 
  5. Masukkan tomato puree. Masukkan air. dan kacau.
  6. Bila dah mendidih masukkan sos cili, gula dan garam secukupnya. Kemudian masukkan herba2 tadi. kalo pakai italian herbs, taburkan 2 sudu pun cukup...
  7. kemudian biar dia mendidih n memekat... . Bila dah pekat , masukkan cheese dan kacau.. biar cheese tu mencair dan bercampur dalam kuah.
  8. Boleh ler hidang...
Utk pasta :

  1. Didihkan air dlm periuk... ltak garam 1-2 sudu
  2. Bila air dah mendidih, masukkan pasta spagetti (suka hati nak jenis apa -linguine ker, fettucine ker, angel hair ker...) secara serentak semuanya.. jgn masuk skit2...
  3. Tunggu smpi lembut pasta nya... camner nak tau lembut.. Rasalah sendiri.. amik kunyah dlm mulut... kalo ok, dah siap lah tu.
  4. Toskan air nya.. kemudian letak minyak zaitun dan gaul dengan pasta tu (utk elakkan pasta melekat dan menyedapkan lagi pastanye... kalo nk tabur parsley pun boleh..

Itu lah resepi Spagetti ala Cik Linda...

p/s : smlm x sempat plak nk amik gmbrnyer atas pinggan... lupa ... tau2 sumer dah makan.. dgn kalut dgn assignment kan......



Get Married This Year

Assalammualaikum...

Kali ni Cik Linda nak berkongsi satu buku yang Cik Linda beli di Big Bad Wolf... www.bigbadwolfbooks.com 


 Tadddaaaaa......

Tetiba kan Cik Linda beli buku self-motivation ni.. yerlah, sedar x sedar... mmg sudah tiba masanya Cik Linda fikirkan hal ni... walaupun dr dulu dah ramai dah yang berleter kt Cik Linda pasal isu ni, tp Cik Linda buat x tau jer.. kenapa? sebab malas dah nak fikir.. nak fikir pasal famili, kerjaya, pasal diri sendiri.... memang x der terfikir akan pasal ni... 

Lagipun, mmg belum ada pasangannya ataupu calon2 nya.... Tak ada plak yang nak mengorat.. dan takder plak yang boleh Cik Linda ngoratkan... Hahahaha..... agak2 betul kata kengkawan , Cik Linda memilih.... Eh, mestilah memilih, nak cari suami, mesti cari yang terbaik... tapi Cik Linda ni terbaik ker untuk diorang... tulah..yang sampai sekarang membujang....

Cik Linda hari tu pergilah Big Bad Wolf kt Mines... tetiba ternampak buku ni... Cik Linda belek depan belakang, pastu selak skit2.. terus masuk dlm beg... (kat situ boleh bawa beg.. lg mudah.. kluar nanti baru bayar).. Balik jer rumah, Cik Linda belek lagi.. x baca lagi.. then nampak kat bhgn depannya.. ada To do List... mcm ni..:






hehehehe... siap bagi tempoh tu... boleh ker tercapai ni... Alah.. bak kata orang, cuba lah dulu...
 
Nampak cam desperado plak.... tapi keinginan manusia... semua nak pasangan, semua nak menyayang dan disayang.... kannn......!!!

Tapi Cik Linda belum ada kesempatan nak mula membaca.. apatah lagi memulakan misi ni.. tunggu leh setel semua assignment ker.. atau lepas exam ker... atau lepas majlis kahwin adik linda ker.. atau..... heheheh.. rasa cam belum bersedia plak.... Kena mandi bunga naikkan semangat ni....


Kengkawan pun byk dah nk mengenen2 kan.. tp Cik Linda ni masalah skit.. bab kenen2 ni mmg pantang... kalo nk kenen, x payah ler bgtau.. mmg konpem x jadi... sbb Cik Linda x suka...kwn2 pun dah faham perangai Cik Linda... Mak pun dah faham perangai anak dara dia ni.... lpas ni mak plak nak kena pikirkan camner nak kahwinkan anak nyer yang degil ni... Mak... sabar yer.. kalau ada jodoh.. dpatler mak menantu sorg lagi... 


Berbalik psl buku ni... nanti bila Cik Linda dah mula baca.. Cik Linda akan bgtau .... lpas tu dlm masa setahun kita tengok, berjaya atau tidak yer...... kalo berjaya.. nanti Cik Linda sharelah buku ni nanti.....







Luahan hati

Assalammualaikum...

Dah lama gak Cik Linda x publish post baru... bukan sbb x der idea, tetapi x der masa, assignment berlambak2.. biasalah hidup sbg student ni.... Disebabkan Cik Linda dah terjaga awal pagi ni, adalah sikit masa yang boleh Cik Linda gunakan untuk meluahkan perasaan yang terbuku ni...

Oramg lain guna FB n Twitter utk luahan perasaan.... Tp Cik Linda guna blog jer... kenapa? sbb Cik Linda nak meluahkan perasaan jer...

Cik Linda ni umur tahun depan dah masuk alam baru.. alam 30....  X der maknanya nak segan2 ngn umur ni... mmg ler slama ni Cik Linda ngn kwn2 selalu jer ckp sebaya tapi Cik Linda sedar umur Cik Linda... walaupun kwn2 ada yg lg muda, tapi Cik Linda x bg dorg panggil Cik Linda 'kakak"..  sbb apa? sbb Cik Linda x mo ada jurang... Cik Linda lebih selesa begitu... mungkin pada Cik Linda sorg sahajalah yg rasa begitu,..

Tapi bila difikirkan, ada masanya Cik Linda rasa x dihormati... mungkinkah sbb Cik Linda seperti kebudak-budakkan..?. (ayoyoyo... dah macam mak budak jer ni) ataupun sememangnya Cik Linda ni mmg insan yang lemah..? (bak kata adik Cik Linda)....

Mungkin dr segi pengalaman hidup, mereka mungkin lebih banyak dr Cik Linda walaupun dorg lebih muda.. so Cik Linda rasa macam rendah jer (walau hakikat sbnr Cik Linda mmg lebih tinggi dr dorg - sec fizikal).
Cik Linda rasa serba kekurangan.... apa yang kurang, Cik Linda pun x tau.... mungkin kena menggali lebih dalam untuk mengetahui diri sendiri....

sampaikan personaliti sendiri pun Cik Linda keliru..... hahahha.. jgn smpi ada penyakit kecelaruan personaliti sudah..... kalau buat ujian personaliti tu, dah buat dah dulu... Cik Linda dapat Sanguine Choleric.... Apa tuh? Search sendiri ek.... tp itu dulu.. agak2 kena buat baru kot... sbb rasa dah x sama dengan personaliti seorang  yang Sanguine dan seorang yang Choleric..... mungkin kena tukar ke Melancholic kot.....

Tetiba rasa merepek jer Cik Linda tulis ni... konon nak luah perasaan... kang luah perasaan betul2 kang ada yang tertampar batang hidung dengan luahan ni... Cik Linda kalo boleh x nak ada sesapa terasa, walaupun dengan org yang Cik Linda x rapat.... tapi tu lah... dorang buat Cik Linda terasa boleh.. tapi sedaya upaya Cik Linda nak jaga hati dorg... sbb apa? ntah... mungkin betul kata seorang kwn, Cik Linda ni skema.... sekma ni byk makna tau.. faham2 ler korg maksud skema pada diri Cik Linda ni....

Cik Linda ni pun jarang sekali nak marah2... nak menyembur2.... bukan sifat Cik Linda nak panas baran dengan kwn2... (dgn adik beradik selalu kot)... tapi bila x tertahan tu, ada yang terkena ngn Cik Linda.. itupun baru 10% letusan kemarahannya.. x pernah Cik Linda lpaskan lebih drp tu... sbb kalo lebih, Cik Linda dah nangis..... Hadoi.... lemahnyer Cik Linda ni kan.....

Pepagi jer dah  buat luahan perasaan... walau x ramai yg membacanya.. cukuplah sekadar Cik Linda berasa ringan dengan meluahkan perasaan yang terbuku ni.....

Buat kengkawan, Cik Linda minta maaf kalo Cik Linda ni menyusahkan, menjengkelkan, dan menyakitkan hati dan perasaan kengkawan sekalian.....


Friday, November 23, 2012

Are you a plus SIZE???

Assalammualaikum

Dah lama Cik Linda tak tulis entry baru.. Idea ada jer.. tapi kekangan masa dan kemasalasan menguasai diri... tapi hari ni Cik Linda nak coret sesuatu.. Boleh kata luahan perasaan ..... hehehe.. bukan nak berjiwang atau nak berbunga2 disini yer...

Cik Linda sejak 2 menjak ni, masih lagi dalam pencarian baju PEPLUM yang sesuai dengan Cik Linda... Apa tu peplum..? Peplum adalah satu pattern pakaian seperti tren saloma dulu2... baju yang kembang di pinggang /punggung....

Kenapa Cik Linda teringin nk cari PEPLUM ni..? Entahler, Cik Linda berkenan sangat pattern ni.. cantik plak tu.. nampak sgt SWEET pemakainya.. Cik Linda pun teringin gak ler menjadi SWEEThttp://www.smileycodes.info.... walaupun tak ler sweet mana... keinginan berpakaian cantik, kelihatan cantik memang sinonim dalam diri seorang wanita... Apatah lagi wanita SINGLE MINGLE TINGLE cam Cik Linda ni...http://www.smileycodes.info

So, dah berminggu2 search mana2 collection PEPLUM yang Cik Linda boleh cuba dulu.... nak hantar tempah , takut pattern tu tak sesuai ngan Cik Linda.... baik beli satu yg ready made... kalau sesuai boleh lah tempah kat mana2 tailor yg boleh buat PEPLUM ni... Boleh ler pakai waktu kenduri kahwin adik Cik Linda nanti... Cik Linda kan PENGAPIT a.k.a Pengepit dan penyempit.....

Tapi pencarian Cik Linda menemui jalan buntu.. kebanyakan collection PEPLUM yang ada semua saiz comel loteh jer... untuk orang yang SASA macam Cik Linda ni bukan x ada.. tapi tidak berapa SWEET.... hehehe.. ada gak suara2 kata, "Sesuai ker ngan badan ko ni Linda".. hmmm entahler... Cik Linda mmg dah cukup tinggi.... tapi dari segi kelebarannya.. x tahu ler nak kata apa.. x der lah lebar mana.. bak kata kwn2.." ko ni SASA"....

Tapi kenapa susah sangat nak dapat baju yang cantik2 utk org PLUS SIZE cam Cik Linda ni yer? kekadang rasa macam ada diskriminasi jer.. org PLUS SIZE x boleh nak kelihatan cantik seperti orang lain. Kalo ada pun jenis yang seksi2, pakaian mcm org luar negara pakai.. tak mau lah.. walau Cik Linda anak Md Saleh pun, Cik Linda tahu batas2 nya....

Cik Linda baru saja cadangkan kat satu butik ni, buatlah satu collection untuk plus size.. yang SWEET, CANTIK dan GORGEOUS......http://www.smileycodes.info

Friday, October 19, 2012

Hujan.. Oh .. Hujan....

Assalammualaikum..

 Sekarang ni, sudah mula musim tengkujuh.... Hari-hari hujan akan turun... sampaikan bumi Tg malim yang panas sejak 4-5 bulan yang lalu, menjadi sejuk.. hampir setiap pagi kampus baru UPSI akan berkabus.... Plan nk berjoging kt Tasik Damiana pun berkali2 terbatal.. (hahaha.. bukan joging sgt pun.. fast walk jer)... Bumi KL ni pun selalu jer dibasahi hujan.. hampir setiap hari.. lebat plak tu.... Seperti hari ni.. Lepas balik jumpa kawan di tesco Ampang, nak ambil adik balik solat jumaat... dah banjir kt petronas kt tesco ampang tu...

 Esok pula, Cik Linda beserta kakak n adik2.. akan berlari utk Putrajaya Night Run marathon... hahaha kami lari 5 km jer.. adik lelaki Cik Linda , Safwan akan berlari 10 km..Tapi bila memikirkan sekarang musim hujan.. risau pula... Bukannya Cik Linda x pernah lari dalam hujan.... Pernah.. masa masuk Malaysian Team Fan Run... lari 7 km dalam hujan.. sejuk.. habis lencun..tapi tu waktu siang.. yang ni lari malam... lg sejuk... http://www.smileycodes.info

Teringat dulu waktu belajar kat UKM... pernah sekali tgh stress ni..http://www.smileycodes.info pas tu nk g kajang (konon nk g kedai buku)... hujan selebat2nya... dari blok asrama Cik Linda nk ke bus stop .. agak ler jauh... nk kena naik tangga plak tu... konon tunggu ler hujan reda... bila hujan makin reda Cik Linda pun melangkah dengan yakin.... Tapi baru jer beberapa langkah, tetiba hujan mencurah2 balik... Apalagi... Berlari ler.... http://www.smileycodes.info(waktu tu kurus jer Cik Linda ni).... sampai jer kt bus stop.. habis lencun... lpas tu Cik Linda tergelak sorg2... Hahahaha.. terus hilang stress.. x jd g kajang...http://www.smileycodes.info

 Mungkin itu yang dikatakan rahmat.... Manalah tahu kalau esok mlm pun hujan, hilang stress Cik Linda ni... tapi moga2 x hujan...http://www.smileycodes.info

Friday, October 12, 2012

Melayu mudah lupa?

Assalammualaikum..

Hari ni topik yang Cik Linda nk kongsi, menyentuh sedikit tentang orang Melayu... maafler kalau ada yg nk tersentap... Kenapa Cik Linda nk cerita pasal org Melayu?.... Sbb Cik Linda sendiri org Melayu... tapi apa yang Cik Linda nak sentuh ni x der lah berkaitan politik....

Cik Linda lihat sekarang kebanyakan orang Melayu ni dah banyak lupa? Asal usul mereka... budaya mereka.. dan yang paling teruk dorg lupa adalah agama mereka... Betul x?

Kekadang Cik Linda pergi mana2, mesti ternampak orang2 melayu, terutamanya perempuan berpakaian x cukup kain.... yang artis2 tu mmg dah x boleh nk kata apa lah.... yang org biasa2 ni.. x perlu lah nk K-POP sangat.... Pakai short sampai pangkal paha... pakai baju singlet yg tali halus tu.. jarang plak tu, nampak yang dalam2 tu.... lagi2 bila pakai yg dalam tu warna yg striking2 lah.. hitam lah... Adoi....!
http://www.smileycodes.info
Itu yang g jalan2 kt shopping mall.. ni ada yang pergi kenduri .. konon pakai baju kurung tp kain chiffon yg sgt jarang, x pakai inner/ singlet mahupun kain dalam... Apa cer... baik korang datang pakai bikini.... Adoi..!

Yang lelaki plak., pergaulan dah x der batas langsung.. Selamba peluk cium anak dara org.. x pun bini orang.. http://www.smileycodes.infoKalau rasa sayang kat kekasih kamu... sila tegur mereka yer, supaya tidak terlampau terdedah.. untuk kamu nanti bila dah halal boleh ler tgk hari2.... ini banyak kali jugak Cik Linda lihat kaum lelaki ni biar jer kekasih dorang ni menjadi tatapan mata yang bernafsu...

Tapi lagi Cik Linda pelik apabila ada plak ibu bapa yang x ambil kisah cara pemakaian anak ni... siap ada parents yang pilihkan baju anak.. suruh anak dedah sana sini... tapi lihat pada si ibu.. bertudung litup.. bila di tanya... biarlah, x mau mendesak .. biar lah mereka berubah sendiri...  Aik...?

Kalau tengok berita artis2 melayu kita skarang ni... Cik Linda geleng kepala jer... Ada yang konon kata kesan lipstik kat pipi boyfriend tu bukan cium.. gigit jer... x sama ker ? SENGAL.....
http://www.smileycodes.info
Konon pakai baju nampak pangkal dada.. nampak perut ... terbelah smpi pinggang tu... x salah... Salah di sisi agama n budaya kita sebagai orang Melayu...... DOUBLE SENGAL...!
http://www.smileycodes.info
Ada plak yang konon letak gambar yg seksi n ghairah ... kata bukan utk boyfriend dia sorang.. tp untuk peminat sekali.... Adoi... TRIPLE SENGAL....!
http://www.smileycodes.info
Apa nak jadi dgn artis kita  ni...? Diorang sepatutnya jadi role model.. contoh terbaik.. ikutan yg positif....
Semoga artis yg tgh naik sekarang Elfira Loy tidak terjebak ... Cik Linda suka ngn Elfira.... moga beliau tidak terikut2 dgn trend2 artis yang asyik buat kontroversi jer...
http://www.smileycodes.info



Saturday, September 29, 2012

SPM 36 hari lagi...?

Asssalammualaikum...

Cik Linda buka FB hari ni.. terlihat satu post... PMR 9 hari lagi.... SPM 36 hari lagi.... Hmmm.. Cik Linda nk fokus pada SPM... http://www.smileycodes.info sesiapa yang bakal mengambil SPM ... ingatlah, 36 hari tu bukan nyer lama lagi... tolak sabtu ahad.. tolak cuti raya haji.. cuti deepavali... tolak waktu korg main FB, waktu tidur... lebih kurang 15 hari sebenarnya.... Berdebar x?
http://www.smileycodes.info



Jadi di sini, Cik Linda nak berkongsi tips utk menghadapi SPM ni...
http://www.smileycodes.info

  1. Pastikan kamu semua sedar yg korang ni akan ambil SPM.... (kalo x sedar2 gak, tu yang buat sambil lewa nanti...
  2. Pastikan segala peralatan yang korg nak gunakan nanti mencukupi.... Alat tulis, kalkulator, alat2 geometri, alat2 melukis... n mcm2 lagilah.. dah boleh mula beli dari sekarang yer...
  3. Korang dah boleh mula minta maaf dan berbaik dengan sesapa yang pernah korang sakiti... http://www.smileycodes.info  janganlah minggu depan nk exam, baru nak minta maaf... mula dr sekarang... n pastikan ikhlas.... kalo kita ikhlas... orang lain akan mendoakan kita dengan ikhlas..... penting tu!!
  4. Pastikan korg jaga kesihatan ... bermula dr hari ni.. demam sikit pun sila jumpa doktor, makan ubat....  kalo boleh makan vitamin Kompleks n Vitamin C (waktu sek asrama dulu, Cik Linda kena makan, bila nak dekat exam ni)
  5. Jaga pemakanan.... (sbb sakit perut adalah sakit yang betul akan menjejaskan korg bila exam nanti )
  6. http://www.smileycodes.info
  7. Kurangkan makan fast food... McD, KFC, Pizza, .... mknn ringan pun kurangkan... kalau boleh makan makanan yang di masak dirumah... dapat kurangkan pengambilan MSG... 
  8. Dulu masa zaman sek asrama... kitorg yg F3 n F5, waktu supper dpt makan roti n minum soya panas... itu pun satu petua gak.. soya panas baik utk otak...
  9. Pastikan tidur mencukupi.. 6-8 jam.. jangan kurang atau terlebih.. x elok...
  10. Dalam masa 36 hari lagi ni.. janganlah nak merempit ker, atau nak naik motor (kalo x der lesen tu), kang eksiden susah...! Berhati2 ler korang.. nak turun tangga ker, nak melintas jalan ker... Tolong ler berhati2....
  11. http://www.smileycodes.info

Ini pula tips ulangkaji di saat2 terakhir....
  1. Buat latihan tu mmg semestinya.... 
  2. http://www.smileycodes.info
  3. study balik latihan2 yang pernah dibuat...tgk balik soalan2 yang dah pernah dibuat
  4. kalo dah pernah buat soalan2 percubaan neg lain... study balik... manalah tahu tetiba terkeluar soalan yang sama... (pernah berlaku kt Cik Linda.. soalan Fizik.. sama jer soalan cuma nilai berbeza)
  5. http://www.smileycodes.info
  6. kena ingat.. set dalam otak... pemeriksa bagi kertas subjektif n esei adalah MANUSIA... oleh itu, tulislah dengan kemas, ayat yang menarik... (sbb tu korg kena pandai ambil hati pemeriksa)
  7. Untuk soalan esei... lagi mudah kalau korang guna ayat yang ringkas tetapi sedap di baca....
  8. Untuk soalan subjektif pula, korang kena kenal pasti keyword yang perlu korang masukkan dalam jawapan korang
  9. Bagi soalan matematik/ Matematik Tambahan... bg soalan subjektif... pastikan korg buat jalan kira satu persatu... lihat markah utk setiap soalan.. kalau markahnyer banyak, bermakna langkah kerjanya pun banyak....
  10. Pilih soalan yang boleh membantu memberi markah yang banyak... Matematik ni, kalau jawapan akhir salah pun, tapi jalan kira betul dapat markah.... TAPI...kalau awal2 lagi jwpn korg dah salah, sampai jwpn akhir konpem salah.. n jalan kira pun di kira salah.. oleh itu BERHATI2....
  11. Soalan SAINS, KIMIA, FIZIK BIOLOGI, kalau kena lukis2 tu, lukis dengan kemas, dan jangan LUPA....lukisan mesti DILABEL.... contohnya korang lukis radas eksperimen untuk penyulingan.. korang kena label radas, proses yang berlaku.. n mcm2 lagi...

Itu jerlah yang dapat Cik Linda coretkan... dengan tangan berbalut sebelah ni.. hahahha.. sempat lagi plak tu nk tulis kt blog ni... tapi utk korang jugak...

Tuesday, September 18, 2012

Tabiat yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak

Assalammualaikum..

Kelas hari ni Cik Linda dapat banyak ilmu pengetahuan... Tajuk berkenaan konsep pemikiran.. yang mana pemikiran semestinya melibatkan OTAK...... 

Tahu tak otak kita sudah mula dibangunkan sejak kita berusia 6 hari di dalam kandungan..., dan apabila dilahirkan otak kita telah pun berkembang sebanyak 25%, kemudian 50 % pada usia 6 bulan, 85% pada usia 3 tahun dan 95% pada usia 6 tahun...

Tapi otak kita juga boleh merosot perkembangan dan penggunaannya.. dan antara yang menyumbang kepada kerosakan / kemerosotan otak ini adalah yang berikut...

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Apabila seseorang memulakan harinya tanpa bersarapan, akan menyebabkan fungsi otak berkurangan... ini kerana otak memerlukan nutrisi, yang datang dari gula yang diserap dari pengambilan sarapan.. Dan, sarapan  hendaklah dengan makanan yang sihat... seperti oat n susu amatlah digalakkan.
http://www.smileycodes.info

TERLEBIH MAKAN

Terlebih makan pun boleh membawa kerosakan otak.. kerana ini akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa otak

PEROKOK

Asap rokok memang kita semua tahu akan keburukannya.... asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer (nyanyuk)..
http://www.smileycodes.info
PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN

Lebih kurang macam makan berlebihan... Gula berlebihan boleh menganggu perkembangan otak

PENCEMARAN UDARA

Otak adalah pengguna oksigen yang terbesar dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika udara sekeliling tercemar , boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak.

TERLEBIH TIDUR

Tidur itu merupakan keperluan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Tidur itu bagus untuk merhatkan otak, tetapi jika terlebih tidur, samalah juga otak kita terlebih rehat boleh menyebabkan sel-sel otak mati.
http://www.smileycodes.info
MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR

Ramai yang ada tabiat ni.. tak elok.. seperti yang dikatakan tadi.. otak memerlukan oksigen, apabila kita tidur sambil menutup muka, menyebabkan lebih banyak gas karbon dioksida yang diterima peparu dan diterima oleh otak. Dan gas ini boleh menyebabkan kerosakan otak.
http://www.smileycodes.info
MEMBIARKAN OTAK BEKERJA KETIKA BADAN TIDAK SIHAT

Otak dan badan adalah saling melengkapi... Oleh itu jika tubuh badan tidak sihat, tetapi otak kita dipaksa untuk bekerja boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak..Oleh itu jika sakit, silalah berehat..
http://www.smileycodes.info
KURANG BERIMAGINASI

Berfikir adalah salah satu cara dalam melatih otak. Kurangnya imaginasi boleh menyebabkan fungsi otak berkurangan dan otak akan menjadi lebih pasif. "Thinking out of the box"
http://www.smileycodes.info
JARANG BERFIKIR

Berfikir adalah senaman untuk otak... menjadikan fungsi otak lebih aktif. Jika jarang berfikir, fungsi otak makin menurun..

Thursday, September 13, 2012

Untung ker jadi Cikgu...?

Assalammualaikum...
 Sejak dua menjak ni.. heboh dengan post oleh seorg blogger, Cik Liyana Adnan yang boleh dikatakan menghina kerjaya guru.... Cik Liyana kata untung jadi Cikgu... gaji besar, kerja separuh hari, cuti byk, kursus selalu (konon x pyh g sekolah), kerja pn senang (suh bebudak jer buat), x pyh byk berfikir dan macam2 lagilah....

 Apa yg Cik Liyana cakap tu mungkin apa yang dia nampak di luaran sahaja... Lagipun, perkataan Cikgu / Guru tu mungkin nampak mudah.. nampak senang... Cikgu g sekolah, masuk kelas, dok kt bilik guru... tapi jika dikupas maksud cikgu itu sendiri... mungkin dia akan tahu tanggungjawab sseorang cikgu....

Dan cikgu adalah kedua-duanya... bukan salah satu di atas.. tanggungjawab cikgu dtg dengan pakej... x boleh pilih..

 Cikgu adalah satu pekerjaan yang mulia... sedangkan dalam Islam pun kita di wajibkan untuk menghormati cikgu.... tetapi jika ada org boleh sesuka hati menghina pekerjaan ini, boleh menyebabkan pelajar2 juga boleh buat begitu.. seperti dalam berita hari ni

http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article

 15 orang pelajar belasah seorang guru... Astaghfirullah.... Untung ker jadi Cikgu?

 Pendapat Cik Linda sendiri.... memang untung jadi Cikgu... sebab walaupun tak kahwin lagi.. Cik Linda dah ada banyak anak.... Walaupun Cik Linda skang dah tak mengajar lagi (smbg belajar), mereka masih panggil Cik Linda, Cikgu.... seperti yang berlaku pada mak Cik Linda.. walaupun dah berpencen, anak murid yang paling awal dia pernah ajar pn masih panggil mak Cikgu.... Mak yang dah 34 tahun berkhidmat sebagai Cikgu... masih ada yang x lupa pada mak....

 Kerja cikgu mmg penat.... (pada sesiapa yang tak tahu lah).. mmg kerja separuh hari.. ataupun skang boleh katakan smpi pkul 4 ptg... tp balik.. kerja cikgu x pernah berhenti... nak kena siapkan RPH utk esok hari, tanda buku budak, kena buat PBS lah... kalau jd SU panitia ke, J/kuasa dlm sekolah,.. bagi yang dah berkeluarga.. nak layan suami/isteri, anak2... ada yang kena layan mak abah...kekadang kalau yg jadi guru kelas/ guru kaunseling.. malam2 pn ibubapa / pelajar akan call, berbincang masalah....

 Cikgu kerja 5 hari seminggu..... Surirumah kerja setiap hari....

 Hmmmmm.... tapi sabtu pun cikgu kena datang... cuti sekolah pun kena datang... kalau cikgu perempuan yang dah berkahwin, dia ada 2 kerja lah... cikgu n surirumah... acaner tu......

 Tapi kepuasan bila melihat anak murid berjaya.. adalah satu kepuasan yang tidak terhingga... Cik Linda ada kenal seorang cikgu ni... dia dah berap kali dpt offer naik pangkat jadi GPK... tapi semua dia tolak... Bila di tanya dia jawab, saya nak kepuasan mendidik n mengajar.... dan anak murid dia yang dah berjaya, dan dah jadi doktor pun selalu cari dia kt sekolah.. nak belanja makan... Untung jadi Cikgu....!

 Ingat dulu, waktu result PMR anak murid keluar... melihat anak murid dan ibunya berjumpa dengan semua cikgu mengucapkan terima kasih sambil diiringi tangisan kegembiraan.... Berulang2 kali ibunya ucap terima kasih sambil menggenggam erat tangan Cik Linda..... Puas.. itu lah yang Cik Linda dpt.... untung jadi Cikgu!

Cik Linda masih lagi teringat.. anak2 murid Cik Linda buat suprise sempena hari jadi cik Linda.. terharu sampai menggigil nak potong kek... Rindunya .... Untung jadi Cikgu..!!

Wednesday, September 5, 2012

Volar Wrist Ganglion Cyst & Plantar Fascitis

Assalammualaikum..

Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa benda yg Cik Linda tulis sbg tajuk ni.... 2 perkara ni sedang Cik Linda hidapi ... hal kecil pun... x derlah teruk mana.. tapi kesakitan yang Cik Linda alami ni sepanjang beberapa bulan ni menyebabkan Cik Linda x tenang.... Meh Cik Linda kongsi apa sebenarnya 2 perkara ni...

Volar Wrist Ganglion Cyst

Ini adalah ketulan yang muncul di antara sendi... ketulan ni mengandungi cecair dari sendi.. ketulan ni muncul selalunya di sebabkan trauma, ataupun sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan sendi yang ekstrem.. Dalam hal Cik Linda adalah disebabkan trauma... Cik Linda pernah hampir jatuh tangga.. tapi sempat berpaut pada tiang.. waktu nk berpaut tu tangan tergesel kat tiang.. dan dari situ Ganglion Cyst terbentuk...


Nak tahu lebih lanjut.. korg boleh search kat internet ataupun klik kat link ni..

dan Insya Allah.. jumaat ni kalau x der aral melintang.. Cik Linda akan jalani pembedahan kecil untuk membuang cyst ni... Sebenarnya ganglion Cyst ni common.. selalu berlaku pada org lain, tapi ramai yang x tau.. Kalo korg rasa di bahagian sendi korang mcm ada ketulan yang kenyal... baik korg jumpa doktor.. walaupun kebanyakan ganglion cyst tidak berbahaya dan x menyakitkan.. tapi burukler kaki / tgn korg ada bonggolan ni.. tapi dalam hal Cik Linda.. cyst ini menyakitkan.. sbb tu doktor nak remove dan Cik Linda pn nak remove....


Plantar fascitis

Yang ni plak berlaku di tapak kaki... dh nak masuk 2 bulan dah Cik Linda merasakan kesakitan yang tajam di tumit kaki...  Bila Cik Linda tanya kat doktor.. dia cakap ni adalah disebabkan inflammation pada otot dan tendon... siap dia suruh Cik Linda research sendiri kt internet.. (yer ar...jumpa pakar tangan tanya pasal kaki).. so Cik Linda pn search la kat internet....

korg pun bolehlah search kt internet atau pun klik kat link ni...http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00149

Dalam hal Cik Linda.. ni mungkin bermula apabila Cik Linda jatuh tangga batu kt rumah sewa kt UPSI dulu.. waktu tu tumit terhentak.. lebam.. tapi doktor cek x der retak... so waktu tu mmg x der lah sesakit sekarang ni.. kemudian Cik Linda bersenam robik di rumah ... tanpa pakai kasut sukan... (silap besar ler..), dan makin lama.. makin sakit lah tumit ni.... 

Simptom penyakit ni selalu di alami oleh kebanyakan org... bangun tidur, pijak lantai sakit.. bangun dari duduk pun sama.. nak berjalan terpaksa berjengket.. (x tahan sakitnyer)... benda ni pun common juga.. tapi ramai yang tak tahu... 

So buat masa ni.. Cik Linda fokus pada tangan dulu... lepas ni baru kaki.. sebelum habis belajar dan di posting tahun depan.. baik Cik Linda pulihkan diri ni... tahuler umur dah meningkat...29 tahun (bukan umur sebenar....)
http://www.smileycodes.info

Monday, September 3, 2012

Dunia Masakan Cik Linda


Assalammualaikum

Ramai yg tahu minat Cik Linda pada dunia masakan... Macam mana ia bermula..? Rasanya genetik kot.. hahaha.. sbb kedua2 mak abah Cik Linda memang pandai memasak....

Kepakaran mak adalah dalam memasak kuih, roti, kek n masakan kampung. Abah pula kepakaran dalam masakan2 istimewa spt nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani n mcm2 lagi..

Dan Cik Linda sudah pun mula memasak sejak darjah 6 lagi.. itu pun dgn bantuan mak... dulu waktu kecik2 mak yg buat kek birthday utk kami adik beradik... dan setiap petang mak akan selalu buat kuih.. at least pn cekodok walaupun mak busy ngan tuisyen di rumah...

Abah pula ... kalo ada rezeki dia akan masak nasi ayam... nasi ayam abah mmg sedap.... tak macam kebykn org lain masak... Pernah sekali dulu, Hari Keluarga KEMSAINS, abah buka gerai nasi ayam ... letak nama Huda Nasi Ayam (.. nama kakak Cik Linda)... belum pkul 12.. rasanya pukul 10 kitorg dh tutup gerai.. sbb habis... hahaha.. pagi2 lagi dorg makan nasi ayam...

Dulu2 waktu kecik Cik Linda mmg suka memasak... ingat lagi lpas UPSR.. kakak n abang n kengkawan dorg tgh tuisyen ngn mak ... Cik Linda masak roti sosej dibalut popiah dan digoreng... Perghhhh... sedap..!! Lpas tusisyen, terus makan...

Bila dh belajar jauh2.. ke Kelantan, P. Pinang.. pastu UKM.. Cik Linda jarang masak.. kekadang jer.. tp kek n kuih setiap kali balik rumah selalu buat.... Bila dah duduk rumah balik.... mulalah Cik Linda rasa tanggungjawab memasak... letih dibuatnya.... sampikan rasa minat memasak dah hilang.. semuanya tanggungjawab.... smpikan bila Cik Linda pernah demam x nak makan ubat.. sbb x nak memasak... sbb bila tanggungjawab tu ada... sakit2 pn kena buat.. kalo x sapa nak masak...

Tp sejak kakak n adik mendesak Cik Linda mencuba nasib untuk MasterChef Malaysia yang pertama.... Minat memasak itu hidup semula.... mahu gak sebulan sebelum audition .. mcm2 Cik Linda masak... smpikan adik Cik Linda yang dulu agak kurus dah jadi tembam... hahaha (sori Daya)....

Selepas gagal dalam audition Masterchef Malaysia... minat memasak makin menebal... bermacam2 resepi Cik Linda dah buat.. dari kuih, kek.. cupcake n masakan lain... sekarang Cik Linda berniaga cupcake... sbg side income n juga sbg hobi.. Alhamdulillah ada rezekinya.... Raya tahun ni jgak Cik Linda mula berniaga kuih raya.. Alhamdulillah... rezeki...

Harap2 minat ini x kan hilang lagi... sbb Cik Linda cuba seiringkan dengan tanggungjawab.... , walaupun Cik Linda ni single, mingle, tingle... tp still I have my family ....

Sunday, August 26, 2012

Hantu berkeliaran di bulan Syawal.............?

Assalammualaikum...
Dah lama Cik Linda memikirkan post ni.. tp x ada kesempatan plak nak berkongsi ...

Kita semua tau, di bulan Ramadhan segala syaitan, jin, hantu ker semua diikat, supaya x mengganggu umat Islam beribadat.... dan setelah tamatnyer bulan Ramadhan, masuk bulan Syawal ni... Cik Linda tgk banyak hantu2 yang berkeliaran..

Tak percaya?????

Korang bukak astro.... bermacam hantu yang ada...

Hantu Susu lah...
Lawa plak tu hantu2 nyer...
Hantu Bonceng
Arggghhhh...
Pontianak Kg Batu

Momok Jangan Panggil Aku

dan banyak lagi... Jangan Pandang Belakang... Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Amukan toyol, ... byk lagilah.....

Dan Cik Linda terpikir... kenapa perlu kita raikan Syawal ini dengan tayangan citer2 hantu ni... Adakah kita meraikan pembebasan benda2 tu... Yang lagi hairan buka saja budak yang tergila2 menengok citer2 ni.. mak bapak pn ada...

Pesanan buat Astro, sila kaji semula rancangan TV untuk syawal ni, dan akan datang....

Pesanan buat ibu bapa, sila pantau anak2 dari menonton rancangan ini yang mana boleh menyesatkan minda anak2...

Fikir2 kan... s

Ramadhan Berlalu.. Syawal pun Tiba

Assalammualaikum.... Salam Syawal..

Dah lama Cik Linda x update blog... biasalah, sejak bergelar pelajar dan pembuat biskut raya ni.. memang x menang tangan.... Tahun ni Cik Linda beraya sederhana sahaja..... x seperti tahun2 sebelum ni... kuih raya pn  x byk sgt... sbb tahun ni first time Cik Linda cuba berniaga... nak cari duit lebih... duit elaun x cukup utk diri sendiri pn.. so cik Linda x nk menyusahkan mak abah yang sudah pn pencen... dengan gigihya cubalah menjual kuih raya...Terima kasih lah buat kengkawan yang menempah dan percaya akan Cik Linda utk membuat kuih raya korg...

Ni lah antara kuih raya yang Cik Linda jual.....
Semperit Bunga Kaktus
Cinnamo Choc Cip Oatmeal
Cadbury Infuse Choc Chip (Ni fav ramai... )
German Cookies (ni pn fav ramai)



Rasa Hati (resepi ciptaan sendiri)

Semperit Tradisi


Snow Almond (Abg Cik Linda panggil Coklat Hamphton)

Suji Pelangi
 Alhamdulillah, ramai jugak yang order.... cik Linda memang dah biasa buat kuih raya tp selalu buat utk rumah jer... tp memandangkan sejak dua menjak berniaga cupcake ni... alang2 try jgak kuih raya... lagipun homemade tau.. by Cik Linda... bukan boleh dapat kt mana2 kedai..... hehehehe....