There was an error in this gadget

Friday, October 14, 2011

PROFESIONAL??????????

Hari ni br ada idea nk menulis kt sini.. smlm dh wujud idea tu tp x jumpa words yg bersesuaian... hari ni idea n ilham berganding bahu.. Kat sini bukanlah nk mengata .. hari Jumaat x baik.. tp hanya sbg peringatan dan kesedaran sesama insan terutama yg menggalas tugas yg paling mulia n paling berat.. iaitu GURU....

Seorang guru walau apa yg berlaku kena menjadi PROFESIONAL.. apatah lagi dalam mengatasi masalah yang berkaitan dgn TEKANAN dan EMOSI. Kurangnya DAYA TAHAN TEKANAN akan menyebabkan emosi terganggu sbb itulah dlm kajian yg tlh dilakukan profesion GURU menduduki tangga ke-2 @ ke-3 ..(kalau x silap Cik Linda lah)
Tetapi, bukan sahaja dalam pengurusan emosi sahaja kena PROFESIONAL.... malah pengurusan tugas.. hubungan sekerja n mcm2 lagi knalah juga PROFESIONAL...... Tp ini yang berlaku.....
  • Guru meninggalkan kelas (tgh exam plak tu) atas urusan apa pn x tau dan meminta 2 pengawas menjaga kelas tersebut...-----PROFESIONAL?
  • Guru tidak masuk ke kelas selama 2 waktu (itu pn tgh exam) kerana melayan seorang...hmmm nk kata apa ek VIP lah.. (tanpa notis)----PROFESIONAL?
  • Guru menggunakan telefon (untuk berbual2 ngn kengkawan - bkn urusan sekolah/pejabat) dlm kelas (tgh exam jugak) -----PROFESIONAL?
  • Guru yang sesuka hati tinggalkan kelas yg pada mulanya volunteer nk masuk kelas ----PROFESIONAL?
  • Guru yg spatutnyer menjaga plajar ketika bersukan tp duduk dikantin melepak sambil makan minum.. ---- PROFESIONAL?
  • Guru yg ada skandal (sama ada dh berkahwin mahupun dh bertunang) sesama guru malah dgn pelajar ---- PROFESIONAL?
  • Guru yang x buat kerja, kemudian bila ditegur, membalas dendam pd org yg menegur dgn memcuri buku rekod mengajar org tersebut lalu menulis surat layang.... PROFESIONAL...?
  • Guru yang makan duit budak... apatah lagi duit utk kebajikan budak.. PROFESIONAL??
  • Guru yang menindas guru lain dengan tidak memberi kerjasama, malah mengata n memfitnah.. PROFESIONAL?

Astaghfirullah.. tp tulah, Cik Linda bukan nk mengata maupun mengumpat.. sekadar renungan ..Dan ini adalah yang dilihat selama hampir 4 thn mjd guru (walaupun GSTT yang tak PROFESIONAL..) Maaf kalau ada yg terasa.. moga2 mereka dpt berubah demi kebaikan diri sendiri n kebaikan pelajar yg berguru ngan kita ni... Dan semoga guru2 yang lain tidak ada yang seperti ini.. Sekali lagi harap maaf jika terasa tp inilah sepatutnya....