There was an error in this gadget

Monday, April 11, 2011

Aku menangis lagi....

Buat sekian kalinya, aku menangis lagi... Menangis kerana menahan geram bercampur sedih... Melihat anak bangsaku merosakkan diri.. Sebelum ni aku hanya mendengar atau melihat dari perspektif orang lain.. namun hari ini aku sendiri merasainya...

Aku, seorang cikgu merasa diherdik oleh pelajar...Sedangkan patut aku yang meninggikan suara, ini tidak.. mereka pula yang meninggi-ninggikan suara... sedangkan aku yang patut marah, alih-alih.. aku pula dimarahnya...

Bukan aku yang ponteng kelas, bukan aku juga yang turun ke padang untu PJK 5-10 minit sebelum masa habis... itupun aku dikatakan marah tanpa sebab... Katanya mereka tak bersalah.. cikgu yang marah tak tentu pasal...

Bila ditanya, "kenapa ponteng kelas saya?"
Jawabnya mudah, " Saya tak suka kelas PJK" Aik... Tak suka tapi pakai baju PJ...
"Awak tak suka kelas PJK ke tak suka saya?"
Jawabnya lagi mudah ,"Baguslah cikgu tau (sambil menjeling)"

Terkedu juga aku dibuatnya.... beginilah bahasa anak bangsa...
Lalu aku pun membalas
"Kalau camtu, saya bagi awak kertas, awak tulis yang awak tak nak masuk kelas PJK, kemudia awak tandatangan, lpas tu cikgu2 yang ada kt sini tandatangan sbg saksi, then hantar kat pengetua"
" Alah, cikgu nak bawa kitorg jumpa pengetua pun tak kisah" (Amboi, beraninya)
"baik, lets go" dan sepanjang perjalanan ke pejabat budak yang sorang ni mula membebel, kalau nak panggil ibubapa pun dia tak kisah. Tak takut pun.
Aku dah malas nak layan, darah pun dah makin naik... bila dah hantar diorang kat pejabat, aku pergi ke tmpt aku dibilik guru... bila duduk baru aku sedar tangan aku menggigil, kemudian, sedar2 air mata dah mengalir..
Inilah cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini.. membentuk manusa berperi kemanusiaan....