There was an error in this gadget

Friday, March 25, 2011

Kenapa perlu?


Korang ada baca suratkhabar tak?
Ada tengok berita tak?
Apa isu semasa sekarang?

Dialog ini adalah antara seorang budak lelaki dan ibunya.

Adik : V.I. = VI, D.E. = DE, O.=O, VIDEO,.... S.E. = SE, K.S. = ? Mama, camner nak sebut ni?

Mama : Sebut apa?

Adik : Sebut ni....S.E.K.S....

Mama : (terkejut)Eh, apsal adik nak sebut tu?

Adik : Cikgu suruh baca suratkhabar... Adik tgh bacalah ni...

Mama : Aaaa.... Adik bacalah surat khabar lain....

Adik : Tak nak.. Esok cikgu suruh bawa suratkhabar yang ada tajuk besar.. Ni kan tajuk besar. Tulisan besar.. gambar besar.. adik nak bawa ni, esok, boleh kan mama...?

Mama : Eh, nanti mama cari suratkhabar lain yer.....

Adik : Mama, camner nak sebut S.E.K.S ni ?

Mama : Tak payah lah sebut...

Adik : ???????

Inilah kesannya...... Isu yang tidak senonoh diperbincang secara besar2an, secara meluas.. secara terbuka.. sehinggakan akhbar jadikan tajuk utama dengan font yang sebesar2nya.... TV pula, menyebut berita ini sebagai berita utama yang pertama disebut... dan bukan stakat sekali, malah 3-4 kali berita itu di kisahkan.... Walaupun dalam mencari kebenaran, janganlah kita lupa lalu meninggalkan etika dan adab...