There was an error in this gadget

Thursday, February 17, 2011

Faktor-faktor berlakunya gejala sosial

Soalan ni, bukan sahaja perlu dijawab oleh pelajar2 dalam membuat karangan. Kita yang sudah dewasa, sudah pun lama melalui musim membuat karangan pun kena menjawabnya. Jadi, kepada adik-adik didikku (masih muda yer...), ambillah ini jadi iktibar dan juga boleh dijadikan sebagai input untuk mnulis karangan .....

Dalam dunia menuju kemajuan, kita leka bahawa kita juga sedang menuju ke arah kehancuran. Benar generasi kita dan sebelum kita membawa kemajuan untuk dinikmati bersama, tetapi adakah kemajuan ini akan dinikmati oleh generasi-generasi akan datang? Kita tidak akan dapat mengetahuinya dan mereka, anak-anak kita, generasi masa hadapan pun tidak akan dapat menjangkakannya. Mereka juga tidak akan tahu sama ada mereka mempunyai masa hadapan jika masalah gejala sosial melarat umpama penyakit yang menjangkiti masyarakat kita ini terutamanya remaja-remaja sekarang. Dan untuk merawat sesuatu penyakit, perlu kita ketahui akan punca-puncanya terlebih dahulu, agar tindakan yang tepat dapat dilakukan.
Gejala sosial sering dikaitkan dengan remaja yang bermasalah, terutamanya masalah yang berpunca dari titik asas kehidupan remaja tersebut, iaitu keluarga. Memanglah iman itu tidak boleh diwarisi, tetapi jika iman itu dibentuk dalam diri anak-anak, bukankah lain hasilnya nanti. Hal ini mungkin berpunca daripada masalah keluarga yang sinonim seperti penceraian, ketidak pedulian ahli keluarga, kebebasan tanpa had dan juga keperibadian keluarga itu sendiri. Kes-kes penceraian yang berlaku memecah belahkan satu intitusi kekeluargaan, yang mana akan member tekanan kepada anak-anak, kerana hal-hal penceraian sering didalangi oleh perasaan benci. Walaupun kebencian itu adalah antara suami dan isteri, tetapi ia akan dipupuk dalam jiwa anak-anak tanpa kita sedari. Selain itu, ketidak pedulian keluarga terhadap remaja kini, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk menarik perhatian keluarga dengan terjebak dalam masalah-masalah sosial ini. Dan anak-anak ini merayu agar dimarahi, dipukul agar mereka rasa diri mereka menjadi perhatian ibu bapa.
Dalam hal pemberian kebebasan tanpa had yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka menyebabkan kebebasan ini digunakan tanpa fikir panjang. Anak-anak terutama remaja, adalah manusia yang berada di fasa yang amatlah mudah dipengaruhi dan perlu dibimbing, bukan dilepaskan begitu sahaja. Ada ibu bapa yang berkata “Tidak apa, saya mempercayai anak saya “. Itu yang akan menyumbang kepada ketidak pedulian mereka terhadap anak-anak. Anak-anak perlu di kawal, ataupun berasa di kawal agar mereka dapat membentuk peribadi mereka ke arah yang positif. Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi handaklah ditegaskan dalam beberapa perkara, seperti aspek pergaulan, pemakaian, dan juga rohani anak-anak itu.
Selain daripada faktor permasalahan keluarga, remaja kini senang terpengaruh dengan persekitaran luarnya seperti pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media massa. Remaja kini lebih meluangkan masa dengan rakan-rakan berbanding dengan ahli keluarga. Siang mereka ke sekolah, dan malam, jika tiada tegasan, pun mereka akan berjumpa rakan-rakan. Kalau tidak keluar pun, cukuplah dengan layaran internet dan telekomunikasi yang menghubungkan mereka. Seperti yang ditekan tadi, remaja mudah terpengaruh, jika rakan-rakan mempengaruhi mereka ke jalan yang negatif, mereka akan menuju ke arah itu. Contohnya dalam kes-kes remaja merokok, boleh dikatakan bahawa hampir semua mengatakan mereka mula merokok setelah diajak atau dicabar oleh rakan-rakan terutamanya remaja lelaki. Mereka dikatakan bukan lelaki jika tidak merokok, dan mereka akan merokok sebagai bukti kelakian mereka. Sama juga dengan menghisap dadah serta perlakuan seks rambang. Ia sering dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya.
Media massa juga banyak mempengaruhi remaja-remaja kini. Dari fesyen hinggalah pergaulan, media massa banyak memberikan input-input negatif yang mendorong remaja-remaja ini untuk melakukan pelbagai aktiviti yang tidak sihat dan merosakkan akhlak. Contohnya, melalui media elektronik seperti televisyen dan internet, mereka boleh menjangkau sehingga ke negara-negara barat. Seperti yang kita tahu, negara-negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak menyumbang kepada perlakuan sosial yang tidak sihat, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Apatah lagi dengan konsep dunia tanpa sempadan, mereka mudah mendapat maklumat, hiburan dan banyak lagi tidak kira positif mahupun negatif. Remaja ini pula masih dalam pembelajaran dalam mengenal sama ada benar atau salah, dan jika tidak dibimbing, mereka akan lebih terpengaruh dengan perkara yang salah.
Secara konklusinya, masalah gejala sosial ini boleh dirawat jika kita menyingkirkan punca-puncanya. Umpama seorang pesakit yang menghidap kanser, jika tidak dirawat pada peringkat awal, ia akan merebak ke organ-organ lain. Jadi sebaiknya kita rawat di peringkat seawall-awal mungkin ataupun, kita cegah bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Dan jika dirawat, ada baiknya kita buang sel kanser itu supaya organ-organ lain tidak dijangkitinya. Begitu juga dengan masalah gejala sosial ini.

What happen to our children?

What happen to our children?
Did they realized what have happened to them?
Did they know what just happened to them?
Did they saw it?
Did they feel it?
Did they predict it?
No, they wouldn't see that coming...So, what happen to our Children?

Aku sangatlah sedih apabila melihat anak-anak bangsa rosak begitu sahaja.. Suatu hari , aku menggantikan seorang cikgu yang tidak hadir, aku pun pergilah ke kelas tersebut dengan membawa kerja2 untuk diberikan kepada mereka... Dan apabila mereka mendapat kertas2 tersebut, hanya 3 org sahaja yg terus membuatnya.. Selebihnya, hanya menghiraukan sahaja kehadiran aku dalam kelas itu... Beberapa kali aku arahkan mereka buat latihan tu, tapi.... hampa..!

kekadang sedih melihat mereka membazirkan masa begitu sahaja. Dan kalau dilihat perbezaan mengikut kaum, betapa jauh beza cara2 mereka membazirkan masa...

Kalau pelajar Cina, mereka kan berbual sesama sendiri, ataupun buat kerja masing2 ataupun paling kurang pun melelapkan mata...

Kalau pelajar India, mereka akan 'bercerita' sesama sendiri, berdegar2 ceritanya... tak pun, mereka akan merayau ataupun bergendangan di dalam kelas....

Tapi yang paling menyedihkan adalah pelajar Melayu, ataupun sekurang-kurangnya mengaku diri Melayu... Mereka akan berborak-borak, dan kata borak mereka tak lekang daripada perkataan seperti 'BODOH', 'BABI', 'P*****', 'P******' dan macam2 lagi...
Dan mereka juga gemar bergurau senda dengan melakonkan aksi2 'hebat' antaranya aksi menagih dadah, merempit, lagak samseng dan yang paling memalukan aksi seks terutamanya 'humping'.. dan kemudian akan bergelak tawa sambil 'high five'

Dan inilah anak bangsa kita... Bukan aku nak kata semua, tp kebanyakannya.. perkataan 'segelintir' dah x boleh guna dah...perkara ni bukan sahaja berlaku kt sekolah bandar... malah kt luar bandar pun ada.. dan inilah yang berlaku pada mereka...

persoalannya, bagaimana ia boleh berlaku? Kenapa ia berlaku? dan yang paling penting kenapa kita membenarkan ia berlaku?